Semak Baki Pinjaman PTPTN Anda!

Nak bayar PTPTN, tapi anda pun tak pasti berapa banyak anda hutang??

Sila semak dulu baki pinjaman anda. Tak tau cara? Senang je...


Berikut adalah cara-caranya: 


1. Mula-mula, tekan penyata baki ptptn.


2. Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan "semak"

3. Pilih: 

            a) PENYATA KIRA-KIRA PINJAMAN KONVENSIONAL atau
            b) PENYATA KIRA-KIRA PEMBIAYAAN UJRAH jika permohonan UJRAH                   anda telah diterima. 

Anda akan masuk ke dalam satu webpage warna biru.


4. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor pinjaman dan tekan " Hantar". 

Jika anda tak tahu/lupa nombor pinjaman, sila hubungi nombor hotline PTPTN iaitu 03 2080 4455 dan ikut arahan yang diberikan. Penyata Baki Pinjaman anda akan dipaparkan. Tengoklah puas-puas, tapi jangan lupa bayar pulak!


Kalau tak tau cara bayar yang paling mudah, sila klik "Mudahnya bayar PTPTN."





Comments

Post a Comment