Buka akaun Maybank2U

Langkah 1: Pergi ke mesin ATM Maybank dan tetapkan no pin maybank2u 6 digit. Campurkan antara huruf dan nombor untuk keselamatan.

Langkah 2: Pergi ke laman rasmi Maybank, http://www.maybank2u.com.my/ Hati-hati dengan laman web maybank yang palsu. 

Langkah 3: Klik Login dan Paparan skrin berikut akan kelihatan. Klik First time Login?


Langkah 4: Klik Continue

Cara Buat Akaun maybank2u dengan Mudah


Langkah 5:Anda kena lihat video pendek bagi tujuan keselamatan terlebih dahulu. Setelah itu butang continue akan kelihatan. Klik continue.

Langkah 6:Anda akan di tanya beberapa soalan untuk tujuan keselamatan. Berikut adalah contoh soalan, pastikan ada jawab dengan betul. Setelah jawab, klik check.

Langkah 7:Klik Continue
Cara Buat Akaun maybank2u dengan Mudah

Langkah 8:Baca Term and Condition yang telah di tetapkan kemudian klik Accept.

Langkah 9:
Setelah klik accept anda di bawakan ke paparan untuk pendaftaran akaun maybank2u. Pastikan laman rasmi maybank2u di lengkapi dengan sistem keselamatan seperti yang saya tandakan dengan kotak merah iaitu https, huruf s selepas http bermaksud secure.Pada peringkat ini anda kena masukkan access no iaitu no kad bank maybank anda pada bahagian hadapan kemudian masukkan no pin anda yang anda buat di Langkah 1



Langkah 10:Masukkan Username yang ingin anda gunakan untuk login ke akaun Maybank2u anda. Masukkan password yang anda akan gunakan untuk login ke akaun maybank2u. 

Cara Buat Akaun maybank2u dengan Mudah
Langkah 11:Pilih jenis imej dan nyatakan phrase imej tersebut menurut anda sebagai langkah keselamatan semasa login. Kemudian klik submit

Langkah 12:Pilih 3 soalan keselamatan yang anda mahukan berserta jawapan. Kemudian klik Submit.

Cara Buat Akaun maybank2u dengan Mudah
Langkah 13:Paparan confirmation yang menunjukkan jenis phase yang anda pilih berserta soalan keselamatan. Jika tepat dengan apa yang anda masukkan sebentar tadi klik submit.Tahniah anda kini sudah memiliki akaun maybank2u yang memudahkan urusan jual beli anda. Anda boleh memuat turun aplikasi maybank2u di google play store. Anda juga boleh book tiket panggung melalui aplikasi GSC Cinema dengan ada nya akaun maybank2u.


Setelah anda selesai melakukan semua langkah di atas, anda perlu mengaktifkan TAC (Transaction Authorisation Code) sebelum membuat apa-apa transaksi. Anda cuma perlu pergi ke ATM dan daftar tac menggunakan nombor telefon anda. Nombor tac akan dihantar ke telefon anda setiap kali anda request. Satu tac hanya untuk satu transaksi.

Selamat mencuba!

Comments