Tips berjimat ketika guna motor

Kenderaan macam manusia juga, kalau tak dijaga dengan baik akan sakit. Justeru kerana sibuk sangat kerja sampai lupa servis motorku, terpaksalah kuhabiskan duit untuk membaikinya. Rasanya ada antara kalian yang macam aku, suka benda murah tapi tahan lama kan?

Tips pertama untuk jimatkan perbelanjaan ke atas kenderaan anda:

SILA SERVIS KENDERAAN ANDA BILA TIBA MASANYA.

Servis kenderaan mungkin habiskan duit, tapi ia takkan sebanyak duit yang anda belanjakan apabila kenderaan anda rosak. Bagi motorsikal, sila tukar minyak hitam setiap 2-3 bulan sekali(itu nasihat dari yang pakar la). 

Buat kereta atau kenderaan lain yang besar, sila tukar setiap 5,000 hingga 10,000 kilometer mengikut jenis atau gred kenderaan. Namun bagi kereta yang baru pertama kali menukar minyak hitam, anda boleh mukarnya pada 1,000 kilometer pertama. 

Minyak hitam atau juga dikenali sebagai  minyak pelincir penting bagi membolehkan enjin kenderaan anda berfungsi dengan baik. 

Pengalaman aku, berbulan-bulan tak tukar minyak hitam sampai enjin overhaul. Bayangkan, melayang 800 sebab nak baiki motor lepas overhaul, dua kali pula tu. Lepas kejadian kedua, aku serik. Lebih baik habis 15-20 ringgit setiap 3 bulan berbanding rm800 lepas setahun..

Tips Kedua: PASTIKAN RANTAI MOTOR ANDA TIDAK KERING.

Rantai motor mudah kering jika jarang dibubuh minyak. Buat sesetengah orang, mereka tidak mahu menghabiskan duit membeli minyak pelincir buat rantai motor sebab takut membazir. Hakikatnya, rantai yang kering boleh menyebabkan kerosakan yang lebih serius.

 Gigi yang memegang rantai boleh patah, jika hari-hari berlanggar dengan rantai yang kering. Selain itu, terdapat bahagian yang menyambungkan rantai boleh rosak. Rantai boleh rosak, putus atau longgar. 

Lebih  dahsyat lagi, ia juga boleh menyebabkan rim patah. Apalah sangat rm10-30 buat beli minyak pelincir jika dibandingkan dengan kerosakan lain. Nak lebih jimat, anda boleh gunakan minyak hitam yang sudah digunakan untuk melicinkan rantai.  Lebih jimat dengan recycle kan? Paling senang,  minta orang kedai bubuh minyak pelincir pada rantai setiap kali servis kenderaan anda. Jangan risau, mereka takkan charge.

Tips ketiga: PASTIKAN TAYAR ANDA DALAM  KEADAAN BAIK.

Pastikan tiub sentiasa cukup dengan udara. Tekanan udara yang cukup dapat menjimatkan duit minyak. Selain itu, buat sesiapa yang ada rim sport/sport rim, gunakan tayar tubeless. Tayar tubeless lebih tahan lama berbanding tayar biasa. 

Tiub dalam tayar biasa mudah bocor walaupun cuma kena paku kecil. Tayar tubeless tidak terjejas jika benda tajam yang dipijaknya tidak menghasilkan lubang yang besar. Ingat, tayar yang tiada angin boleh merosakkan rim jika terus ditunggang selepas tayar pancit. 

Sebaliknya tayar tubeless jarang mengeluarkan udara dan masih boleh kembang jika tekanan udara ditambah. Sebaik-baiknya tukar tayar setiap 6 bulan-setahun bergantung pada jenis.

Buat saya, brand tak penting. Yang penting murah dan tahan lama. Harga tayar tubeless yang saya beli pagi tadi ialah rm70 untuk tayar depan. Tayar belakang, katanya 75. Brand tak ingat, tapi consider kedai lain saya tanya, setakat ini harga ni yang paling ok. 

Kedai motor tu dekat Court 5, deret belakang bengkel banyak-banyak. Layanan dan kerja yang mekanik situ buat pun ok jer(Dia layan je kerenah saya yang banyak songeh ni). Oh ya, pastikan mekanik itu check angin keluar atau tak dari tayar motor lepas siap pasang tayar pada rim..

Comments