Diari Ramadhan

Pagi-pagi begini tiba-tiba rasa hiba.

Hiba memikirkan masa depan yang entah macam mana nanti, masa lalu yang dah dibazirkan, dan masa sekarang yang tak dimanfaatkan.

Semoga perjalanan hidup ini akan lebih dipermudahkan dan diberkati. Semoga dosa-dosa yang ada habis dicuci, dan semoga masa akan datang akan lebih bererti. 


Mengingatkan diri yang masih sendiri, 
tapi takut nak memikul tanggungjawab yang lebih besar. Memiliki sebuah keluarga? Diri sendiri pun tak terjaga.

Terfikir juga, selama ini apa yang aku dapat selepas HIDUP hampir 3 dekad. 
Tiada bekal untuk dunia, bekal akhirat tak pernah cukup. 

Yang ada, cuma pengalaman hidup yang cukup berharga, tapi tak cukup untuk bermegah, sebagai manusia. 

Semoga Ramadhan kali ini bukan ramadhan yang terakhir. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan sebelumnya dan semoga ramadhan akan datang lebih berharga daripada ramadhan kali ini.
Amin. 

Comments