Single Backpacker ke Korea? Baca tips-tipsnya dulu..

Hai, dah lama gile rasanya tak menulis...
Sekarang ni aku sebenarnya tengah buat kerja giler backpacking sorang2 di Korea Selatan. Kalau korang ada kat sini dan nampak seseorang yang jalan sorang-sorang tak tengok kiri kanan tu, akulah orangnya tu..

Journeyku bermula 29 Disember 2015, dan akan berakhir 5hb Januari..Cepatnya masa berlalu..huhu..Dah nak mana balik kerja dah..tak puas rasanya..
Backpacking aku tak sama macam orang lain..Selain datang untuk tengok persekitaran(sightseeing), aku sebenarnya belajar untuk blend dengan orang sekitar. Aku jugak banyak perhatikan tabiat baik dan buruk penduduk Korea.

Korang nak tahu pasal orang Korea?INI tips-tips dia:
a)Korang mesti dah tahu yang kebanyakan orang Korea tak boleh berbahasa Inggeris kan?Jadi koranglah yang kena faham sedikit sebanyak bahasa Korea. Contohnya: Chamsimanyeo(tnggu sekejap), olmanaeyo(berapa harganya), kamsahamida(terima kasih), etc..Nak tanya jalan/train/tempat? Cakap ke macam ni, "Chamsimanyeo, Chuncheon yoegi?no?(excuse me, chuncheon sini?tak?)Biasanya aku tanya pakcik2 or makcik sebab diorang ni xsombong sangat..kalau korang tak faham APA diorang cakap, tengok gaya tangan diorang..Aku belajar bahasa tangan kat sini..

b)Kalau nak train, pastikan korang belajar betul2 macam mana dia punya sistem. Lagi bagus kalau korang guna apps Seoul subway..Aku guna memang senang..Kalau ikut betul2 takkan sesat..Cuma aku je yang degil..Kalau ikut gerak hati aku konfirm salah..he he.

Seoul Subway

c)Bila naik train jugak, perhatikan warna pada setiap line..Sebab?Warna memainkan peranan yg sangat penting. Salah warna maksudnya salah line LA tu.





d)Kalau naik bas pon sama. Buat research terlebih dahulu..Walaupun bas tu ada tulis tempat yg kamu nak pergi, still kena hati-hati..Kadang-kadang kita kena ambik bas tu diseberang jalan..Cuba check kat tempat tunggu bas..diaA ada tulisan Inggeris..Kena cek sebelum naik takut naik bas arah bertentangan.

e)Kebanyakan tempat menarik di Korea ni korang boleh nampak dari atas jalan raya bila naik bas.Dalam bas biasa takde bahasa Inggeris..Kalau dia cakap dalam Korea kadang2 korang tak paham atau tak dengar. Jadi, stay je dalam bas tu sampai anda nampak apa yg anda cari. Contohnya, Hwasang Fortress..

f)Kalau anda banyak travel guna train, bas, ktx, dan kenderaan awam(teksi, airport limousine), t-money card tu dah macam nyawa. T-money card tu macam touch n go version lebih advance. Nak guna public phone pon boleh guna. Macam mana nak dapatkannya?

Benda pertama yang anda perlu buat lepas ambik luggage ialah pergi kedai serbaneka kat airport tu. Beli kad t-money(4000won)pastu terus topap. (Nilai bergantung pada anda). Jangan risau takut membazir sebab anda boleh dapatkan balik refund sebelum pulang ke negara masing-masing..

g)Kalau nak pergi tempat2 yang cantik ambik gambar(contohnya Nami Island), jangan pergi time cuti umum(ex: Krismas, New Year, etc) sebab confirm ramai file orang Dan gambar korang akan xberapa winter sonata sebab banyak yang menyebok kat belakang.

h)Anda dah check timing dan cara pergi Nami Island?Bagus. Tapi jangan lupa satu lagi benda penting, cara nak balik dan masanya. Jangan jadi macam aku, selamat sampai dengan best dari stesen Gapyeong, balik terpaksa jalan kaki ke Gapyeong (lebih 6 km) dalam gelap dan terpaksa naik turun bukit sebab dah tak ada bas. Dua kali disalak anjing. Boleh baca blog ni (http://aninditadhipuw.blogspot.kr/2014/12/trip-to-korea-hari-ke-4-nami-island.html) sbb bagi aku plan dia ke Nami agak bagus(aku pun baru jumpa).

I)feri terakhir Dari Nami Island ialah pada pukul 6 petang. Tapi, kalau and a keluar masa tu, konfirm  Jalan kaki macam saya.

Tips2 Lain nanti aku sambung kemudian..Sekarang aku nak tido..Dah pukul 1.47 kat sini..Esok mana ban gun awal..Kakiku rasa sakit gilee. Esok kena srh tuan guesthouse kutip aku kat subway..

Comments