Backpacking : Langkawi

Kalau anda rasa nak buat kerja backpacking berani mati, anda boleh tiru caraku. Tapi konfirm seksa sikit. 

Aku sampai KLIA2 jam 5 petang lagi. Beratur untuk check-in, pastu sampai je turn dia cakap patutnya tak payah beratur kalau dah web check-in dan tak ada luggage. Aku bawak bag belakang je, dan kerana airasia tulis tak boleh lebih 7 kg, aku cuba limitkan sesedikit boleh pakaian. Rupa-rupanya rilek je orang lain bawak lebih. Next time, aku nak bawak beg yang boleh tarik tu. 

Sampai kat safety, air dalam botol tak boleh bawak. Tapi lepas area safety dekat gate nak masuk tu, ada je orang jual air dan makanan. Take note; aku nampak ada orang bawak air yang dibeli kat situ. At least lebih murah kalau compare dengan air dalam kapal terbang.

Kapalterbang delay dua kali. Kali kedua tiba-tiba kena tukar lane. Sepatutnya bertolak pukul 7.45, pukul 9.00 baru take off.
Dalam kapalterbang takde buat apa pun, aku layan drama korea je. Perjalanan ambil masa sejam. 

Aku tak booking bilik untuk malam sampai langkawi, jadi aku tidur luar airport lepas airport tutup sorang-sorang(Dalam pukul 11 lebih). Silapnya sebab aku tidur atas kerusi bawah payung kat depan airport. Hujan turun dengan lebat dan aku kesejukan tahap dewa. Mujurlah tualaku agak tebal. Second note; bawak selimut in case benda macam ni jadi.

Aku tersedar jam 2 lebih. Bila hujan reda sikit aku beralih untuk tidur depan airport(atas lantai). Yang sedihnya, aku tak check pun pintu airport yang sebenarnya tak fully tutup. Kalau aku check, at least rasanya aku tidur atas kerusi dalam airport sambil cas telefon. Pagi bila bangun, airport buka jam 6 lebih, aku masuk cas telefon lepas solat subuh. Surau tak kunci pon rupanya. 

Naik teksi daripada airport ke pantai cenang sebab aku booking backpacking package kat The Cottage Langkawi. Satu teksi cas rm20. Take note: dia kira teksi, tapi kalau nak share dgn orang lain kena cari yg nak pergi tempat yang sama. Paling penting, jangan bagitau yang anda sorang, nanti dia tak bagi share teksi.

Buat sesiapa yang nak backpacking, aku syorkan sangat package backpacking The Cottage Langkawi ni. Bilik ada dua katil double decker. Kalau korang datang sorang pun korang boleh share dengan orang lain. Dalam bilik ni ada dua orang pelancong German dan seorang pelancong Indonesia. Yang bagusnya dia asingkan bilik lelaki dan perempuan. Harga sangat murah, rm20 sehari kalau datang tempah kat sini. Tapi kalau booking kat agoda harga mahal sikit. Aku ambik dua hari, campur gst tax dan cukai perkhidmatan rm 52.00 sahaja. 

Tapi kalau nak privacy, anda boleh tempah bilik yang lebih selesa sikit kat sini. Boleh layari laman web dia atau tengok kat Agoda.com. Jangan risau, pekerja dia ramah-tamah belaka. 

Satu benda penting bagi orang islam yang menginap kat Pantai Cenang ni adalah pasal makanan. Kalau time raya, susah nak dapat makanan halal sebab kedai melayu banyak tutup. Kedai yang ada pula penuh dan kena tunggu lama. Kena ingat, harga makanan agak mahal, especially seafood. So kalau boleh, jangan datang time ni.

Apapun first day aku habis kat pantai (mandi + ambil gambar + sunbathing), pusing Cenang Mall yang takde apa sangat tu, dan survey harga island hopping dan sewa motor. Harga sewa motor lebih kurang sama je semuanya, rm 20 sehari (motor lama yang boleh naik sorang je), atau rm35 sehari( motor baru). Island Hopping antara rm25-rm35( 4 jam, 3 pulau). Paling murah yg aku jumpa ialah rm25 kat AB travel. Masa 9.00 pagi-2.00ptg atau 2.00- 6.00 ptg. 

Ini notes untuk orang bertudung kalau nak backpacking. Sila bawa kain key atau tudung inner lebih(senang nak mandi). Kena bawa seluar banyak sikit in case yang ada basah lepas mandi. Kalau banyak duit boleh je beli kat sini, tapi kalau nak jimat bawa sendiri. Pastikan seluar casual dan senang nak pakai. Baju pun sama. 

Notes: 
1. beli tiket pagi sebab kebanyakan hotel/motel check in dalam pukul 12 pagi ke atas. 

2. Kalau takde luggage tak payah beratur. Cabin bag tak payah check-in. Terus pergi sekuriti. Tanggalkan apa-apa bahan besi  dan elektronik semasa kat sekuriti dan masukkkan dalam bekas yang disediakan. 

3. Kalau nak jimat duit teksi, cari orang tang nak share teksi dulu baru pergi tanya teksi.

4. Kedai makanan halal banyak tutup time raya. Nak cari yang murah pun susah. Better ada makanan spare. 

5. Kalau kat Cottage Langkawi ni ada air panas. Kalau nak bawak meggi cup pun boleh. 

6. Bawak syampu kalau backpacking. Backpacking hostel takde shampu, dan ia sangat penting sebab anda mandi air laut.

7. Survey dalam internet dulu sebelum datang. Kalau nak booking masa kat sini pun boleh, tapi sila survey banyak kedai. Tapi kebanyakan kedai harga sama je. 

8. Jangan lupa ambil peta kat pejabat pelancongan kat airport.

9. Jangan lupa sunblock. Sangat penting. 

10. Kalau nak sewa motor kat area The Cottage Langkawi, sebelah je. 
Nasi Goreng Ayam Teratai Arabian rm8.50(dinner)
Nasi Lemak KFC rm10.40(breakfast)
Pantai Cenang






Sape2 nak kutip kulit siput, kat sini banyak..







Jangan terkejut kalau nampak orang pakai mcm ni..
ini normal kat sini..

Orang sebelah suka sangat sunbathing..

Lepas tunggu dekat sejam, makanan pun sampai..

Comments