Ramadhan &Dugaan Makanan..

Bulan ramadhan memang terkenal dengan pelbagai jenis juadah-juadah yang menyelerakan terutamanya kuih-muih yang bermacam-macam. Meskipun dunia makin moden, masyarakat di Malaysia tetap menggemari kuih -muih tradisional.

Oleh kerana kuih-kuih tradisional ini selalunya hanya dijual di bazaar ramadhan, ramai di antara kita sanggup bersesak di situ. Lebih sukar kuih itu untuk diperolehi, lebih banyak permintaannya dan harga mungkin menjadi lebih tinggi.

Saya sempat belajar membuat pelbagai kuih-kuih tradisional ketika remaja kerana ketika itu ibu saya berniaga di bazaar ramadhan, pasar tani dan juga pasar isnin. Antara kuih-kuih tradisional kelantan yang saya pernah buat ialah:

Sagupa berinti/ kosong (berkuah)
 
Nak buat sagu tak susah. Yang susahnya ialah nak buat inti sagu dan kuahnya. Jika tak kena cara, nanti tak sedap.

Bubur kacang
Orang Kelantan memang terkenal dengan rupa yang manis dan tabiat pemakanan yang sama manisnya. Bubur kacang antara makanan Kelantan yang manis.

Bubur yang manis ini boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah sesuatu seperti pulut atau roti. Lebih sedap kalau boleh letak ais, biar sejuk dan kurang manis.

Selain bubur kacang, kita juga boleh buat bubur pulut hitam.

Kuih serabai( ada yg kata kuih orang mati)
 

Kuih ini tawar sahaja rasanya. Tapi apabila dimakan bersama kuahnya, memang sedap. Anda perlu memiliki acuan tembaga(tak silap la) yang digunakan untuk buat akok. 

Perlu selalu perhatikan kuih time memasak takut hangus dan tak sedap. Juga dipanggil kuih orang mati sebab kaau ada pengurusan jenazah selalu ada.( dulu-dulu la)

lompat tikam
Bunyi nama macam berbahaya kan?Tapi rupanya sangat cantik bila digabung dengan pulut merah dan kuahnya(santan dan gula melaka). Cara nak buat tak susah, tapi nak memastikan adunan betul yang susah. Silap adun ia akan jadi tak cantik dan rasanya akan lari. 

Yang lucunya, ada yang suka lompat tikam tapi xsuka yang hijau tu. Dia cuma beli pulut merah dengan kuah je. Tak pasti kalau itu masih dipanggil lompat tikam.

Bubur chacha( dulu xde warna warni, buat sdri)
Bubur chacha dulu memang terbaik, sebab buat sendiri. Walaupun susah payah nak buat, tapi puas hati. Dulu nak cari bekas dia susah. 

Ayah saya yang kreatif kemudiannya mengambil tin seakan-akan tin milo, dan tebuk lubang dibawahnya. Teran adunan bubur chacha terus dalam air panas.

Kalau betul adunannya akan jadi cantik. Bubur chacha sekarang banyak yang ekspress je. Beli yang instant dan rebus tapi keras sikitla. Walaupun berwarna-warni, saya lebih suka warna original yang bebas pewarna.

butir nangka
Cara buat butir nangka senang. Yang susah sikit ialah nak buat kuahnya. Antara bahan penting dalam kuahnya ialah halba(tak tahu boleh google). Tak ada halba tak sedap. 

Kuahnya lebih kurang kuah sagupa(guna yang sama pun tak apa). Biasanya butir nangka ni kosong je, tapi ada juga sesetengah orang suka letak gula melaka di dalamnya biar lagi manis.


onde-onde@buah mulun@buah melaka
Cara buatnya sangat senang dan sama dengan butir nangka, iaitu menggunakan tepung beras pulut. Bezanya ialah ia bersalut kelapa muda dan bukannya berkuah. 
Sekarang ramai yang buat warna-warni, tapi saya lebih suka yang dulu, iaitu warna hijau(pandan) dan warna hitam ungu(beras pulut hitam yang diblender).

sagu kelapa
Antara kuih yang paling senang dibuat tapi leceh sikit sebab kena siram air panas lepas tu kukus. Pastikan air siraman tu cukup panas dan cukup adunan. Kalau tak ia akan jadi keras dan susah masak. Terlebih masak pun tak sedap juga.

putu mayam kelantan( yg ni makan dgn kuah) 
Ini bukan putu mayam yang makan dengan gula melaka. Ini putu mayam kelantan, kami makan dengan kuah. Cara buatnya agaj leceh dan anda perlu ada acuan. 

Pastikan adunan tak begitu lembik(takut melekat) dan tak begitu keras(takut susah nak tekan acuannya). Kuah hampir sama dengan kuih serabai.

puteri mandi

  
Juga dikenali sebagai kuih kepek hidung. Kenapa? Sebab selepas diuli menjadi bulat ia perlu dikemekkan(kemek=kepek). 

Adunan kuih sama dengan buah melaka dan butor nangka. Kelapa dia ada dua jenis, warna hitam coklat(gula melaka) dan warna putih(gula sahaja).


Apam

Paling simple, tapi pastikan adunan betul. Jangan lupa baking powder(dulu guna ragi je).

Karipap

Karipap sekarang senang, beli yang ekspress dan goreng. Karipap dulu komplikated. Kena pulas dengan tangan. 

Kalau tak pandai nanti terbuka balik dan isi akan keluar. Senang sikit kalau ada acuan karipap yang perlu kepit tu. Dulu isi ubi je, sekarang  macam-macam ada.

Sadin gulung
One of my favourite. Dulu sambil-sambil buat tak sah kalau tak mengunyah benda ni sekali. Sampai mak cakap, "habisla kuih tak sempat jual". Inti sardin boleh buat sendiri, tapi pastikan sedap. Kalau kulit terlalu tebal pun tak sedap. 

Kuih kosu

Kuih kosu dan kosui mungkin adik beradik, tapi ada satu perbezaan. Kuih kosui ada guna telur, tapi kuih kosu tak guna telur. Acuan dia plastik yang comel-comel tu..

Kuih gomok
Kuih gomok ni saya tak tahu macam mana nak buat sebab tak pernah cuba, cuma selalu makan je.

Tepung pelita
Ini satu-satunya kuih yang keluarga saya buat sampai sekarang dan walaupun duduk jauh dari keluarga, saya masih buat untuk dijual dan ditempah di kawasan Shah Alam dan kawasan-kawasan sekeliling(cuma guna bekas plastik sebab susah nak dapat daun pisang murah).

Nak buat kuih ni mudah, tapi kalau salah adunan ia akan jadi tak sedap. Masa mula-mula nak buat sendiri sebelum ni, banyak kali tak jadi, tapi sekarang, alhamdulillah dah jadi..


Buah peria(Ore klate panggil buah puyo)

Kuih ni sedap tapi warna yang cantik tu pewarna sahaja. Yang lecehnya ialah masa nak buat intinya. Inti dia sama macam inti kuih bom dan sagu berinti, guna kacang hijau. Dah siap bentukkan, letak sedikit minyak, dan kukus.


Nampak sedap kan? Terutamanya dalam bulan-bulan puasa begini.. Mana nak cari kat KL atau bandar-bandar besar ni? Hmm..Kalau tepung pelita dan buah melaka anda boleh datang gerai 205 kat bazaar ramadhan seksyen 13. Kalau yang lain, saya tak pasti...heheheh..

Nak resepi? Lain kali ye..nak siapkan tempahan orang dulu.


Comments