9 April, tarikh istimewa buat saya..

Tanggal 9 April 1987, aku dilahirkan... Meskipun tidak pernah menyambutnya secara gilang gemilang, ia tetap tarikh istimewa buatku. Ia juga tarikh yang mempertingatkan aku bahawa umur semakin lama semakin meningkat, tanda bahawa semakin hampir dengan kematian. Meskipun kematian mungkin datang tanpa dijangka, namun bagi manusia, umur ialah expired date kita. 

Hari ini, aku menyambutnya secara sederhana. Tiada majlis hari jadi, atau hadiah yang bertingkat-tingkat. Namun aku tetap bersyukur, kerana ramai yang mendoakanku hari  ini meskipun sengaja aku ingatkan. Rakan-rakan, anak-anak murid, masing-masing dengan ikhlas mengucapkn  selamat hari jadi, dan itu, sudah cukup bermakna.

Seperti hari khamis biasa, aku masuk jam 8.00pg. Tak sangka banyak hal yang berlaku seolah-olah turut sama meraikan majlis hari jadi saya. Pagi-pagi aku disogokkan dengan masalah kelas berkunci. Bila pintu dibuka dan baru beberapa minit mengajar, rupa-rupanya kelas batal kerana pelajar ada rehearsal bagi sukaneka.

Hendak pulang, takut datang sia-sia. Jadi aku tinggal disitu dan menyaksikan kanak-kanak comel di sana berlatih dengan bersungguh-sungguh. Hiburan percuma semasa hari jadi. Habis kelas aku pulang ke pejabat seperti biasa. Menyiapkan sisa-sisa kerja yang masih tertangguh. Jam 5 lebih, bergetak ke Kota Kemuning untuk kelas seterusnya. 

Mungkin sebab nak cepat, aku tak sedar tertinggal sesuatu yang penting. Habis kelas, baru sedar kunci motorku tiada. 
Terdetik untuk lihat di motor, tapi tiada. Mujurlah aku ternampak pakcik jaga bank sebelah. Bila kutanya, dia trrgelak..katanya sengaja tunggu kutanya. Almaklumlah, umur dah bertambah,nyanyuknya pun bertambah. 

Justeru kerana hari ini hari istimewa, aku berniat untuk menghadiahkan diri sendiri. Jadi aku singgah di kedai kek dan  kedai buku, membeli sekeping dua kek dan beberapa buah buku yang kurasa menarik. Keluar dari kedai buku, hujan turun mrencurah-curtaj. Jadi aku sekarang tersadar di sebelah kedai buku ini sementaramenunggu hujn reda.

Comments