Say no to "Bad Words"

Adeih, sakit kepala lagi hari ni. Apa tidaknya, walaupun hanya ada empat student pun hidup aku dah huru-hara. Mana taknya, nakal betul sorang-sorang. Main kejar-kejar tu benda biasa. Yang lain takyahlah tanya. Apapun, geram aku kat budak-budak tu tak lama. Dalam marah-marah aku kat diorang, aku masih boleh senyum dan bergurau dengan mereka. 

Apapun, kalau deal dengan budak-budak ni tak boleh berlembut sangat. Sekali-sekala kena juga tegas. Time main, main betul-betul. Time belajar, cuba sedaya upaya untuk buat diorang fokus. Bila ada student yang keluarkan kata-kata yang tak sepatutnya, aku bagi hukuman, tapi bukan dera tau! Marah-marah jugak, tapi kalau student tu jenis kinestetik, tak guna pun. Bak kata orang tua, bagai mencurah air ke daun keladi.

Satu pendekatan yang aku boleh fikir tadi ialah dengan boikot budak tu. Aku buat dia invisible sepanjang kelas, dan student lain ikut sama dalam "lakonan" aku tu. Tapi memang berkesan sebab budak tu akhirnya rasa sedih dan tak buat hal lagi dalam kelas. Itu pengajaran buat dia, supaya next time benda yang sama takkan berlaku. Rupa-rupanya budak-budak ni takut kalau aku tak pedulikan diorang. Itu maksudnya diorang suka aku la kan?heheh.

Deal dengan budak-budak memang memeningkan kepala. Tapi ia tak sesusah deal dengan orang dewasa. Kena maki hamun atau bad words oleh kanak-kanak tapi kalau orang dewasa yang keluarkan kata-kata mencarut memang aku tak boleh maafkan. Pelik kan dunia ni? 

Prinsip aku satu, iaitu aku paling tak suka orang guna bahasa-bahasa mencarut. Kalau nak cakap kasar, aku tak kisah, tapi jangan mencarut. Itu lebih buruk daripada cakap kurang ajar. Aku cuba didik anak murid aku untuk tukar perkataan mencarut yang diorang guna dengan perkataan yang lebih elok, tapi kalau diorang dengar orang dewasa sendiri yang mencarut, bukan ke sia-sia usaha aku?
Walaupun aku seorang guru, aku masih lagi belajar. Belajar cara nak tekel hati pelajar, belajar memahami, cara-cara nak psiko diorang dan belajar cara nak mengajar dengan lebih berkesan. Seronok buat kerja yang kita suka walaupun ada tekanan berbanding buat kerja yang kita benci.

dari blog gilegraphique, 6/12/2014

Comments