Balik kampung..

Balik kg kali ni memang meriah betul.ju Semua anak buah ada, adik- beradik pun hampir complete kecuali dua adik lelaki aku yang tengah belajar kat Melaka dengan Sarawak..

Budak-budak kecil kalau dah berkumpul memang melucukan. Teringat balik zaman kanak- kanak bila balik kampung dan berkumpul bersama sepupu- sepupu.

Pagi-pagi lagi rumah dah kecoh. Almaklumlah hari ni hari jumaat, pasar tani. Family business aku?Kuih tepung pelita. Dari pkul 5 pagi sampai jam 9 bising je kat dapur pakat2 buat lawak.. Boleh jugak hilangkan mengantuk time bt kerja.

Dua anak buah aku yang perempuan, berbaik hati tolong isi gula dalam bekas tepung pelita. Tapi tak sampai 50 bijik dah hilang. Yang lelaki dok main kejar anak ayam. Habis sekilo beras dibaginya makan anak2 ayam tu. Nasib tak mati sebab penat dikejar.

Time makan pun meriah. Masing2 nampak berselera makan sebab ramai geng walaupun lauk biasa2 aje. Yang lawak lagi, bila.dengar sikecik berborak sesama mereka..comel betul..

Comments