Kalau sudah jodoh 1

SATU
Nadra mencintai Hadi hanya untuk  dikecewakan. Hadi bukan lelaki yang layak untuknya. Si Buaya itu hanya berminat untuk mengejar madu2, dan membuang sepahnya.
Setahun mereka bercinta, setahun juga Nadra ditipu. Hingga akhirnya Nadra diserang seorang wanita yang mengaku isteri Hadi. Dek kerana cinta, dia memekakkan telinga daripada nasihat sahabat-sahabat. Dek kerana buta, dia menerima pembohongan Hadi walaupun hati curiga.
Tapi kecurigaannya ternyata berasas apabila dia melihat Hadi bercengkarama dengan seorang gadis muda jelita!
Amar Firdaus sedang menyiasat tentang kecurangan tunangnya apabila dia terlanggar seorang gadis yang sedang tergesa-gesa pergi dari tempat itu sambil menangis. Seluruh badannya basah dan melekit dek tumpahan jus oren. Mahu atau tidak, dia terpaksa menempah bilik hotel untuk membersihkan badanya yang sudah melekit.
Gadis yang bersalah itu dipaksa pergi bersama sebagai tukang basuh baju! Dia sebenarnya hanya ingin mengajar gadis itu dan melepaskan geram kerana tidk sukar baginya untuk mendapatkan baju baru.
Diheret ke dalam bilik hotel oleh seorang jejaka berkulit sawo matang setinggi 170++ itu membuatkan Nadra ketakutan. Apalagi bila jejaka itu membuka bajunya dihadapan Nadra tanpa segan silu dan menampakkan segala macam otot yang cantik itu.
Dia hanya mampu menarik nafas lega apabila jejaka itu menyuruhnya membersihkan kembali baju yang tertumpah jus oren itu!
Amar memandang gadis yang terlihat ketakutan itu. Dia tergelak.
"kau ingat aku nak buat apa- apa kat kau ke?Sori, bukan taste aku langsung!" katanya kasar dan agak berlagak.
Nadra menjuih. Eleh, kalau dah nama lelaki bukan boleh kira! Orang gila pun kadang-kadang dirembat!
Melihat gadis itu tidak berpaling, Amar cuba curi- curi jengah. Sejak tdi dia tidak sempat melihat gadis tersebut betul2. Cuma melihatkan.penampilan gadis tersebut yang sangat simple dan murah, dia menganggarkan yang gadis tersebut biasa2 sahaja orangnya.
Selesai membasuh pakaian jejaka itu, nadra bingung dimana hendak menyidai pakaian di tempat semewah itu. Hasratnya untuk bertanya terbantut melihat jejaka misteri yang baru selesai mandi itu hanya bertuala.
Amar tergelak melihat si gadis itu melarikan pandangan saat terlihat dirinya dalam keadaan separuh bogel itu. Benar- benar innoncent!
Dia sebenarnya sedang menunggu kedatangan PAnya yg membawakan persalinan baru untuknya. Dia terfikir akan sesuatu, +entu2nya pakaian gadis tersebut akan basah, jadi dia turut memesan sepasang pakaian baru utk gadis itu.
Pintu tiba2 diketuk. Amar menyangka pembantunya jadi dia segera membuka. Peliknya, ada sekumpulan lelaki berkopiah di depan pintu.
"kami dari jabatan agama islam.boleh kami masuk dan buat pemeriksaan?" lelaki itu memandangnya atas bawah. Firdaus menepuk dahi. Sudah!
...........................................

Comments