Resepi Nasi Goreng Simple

Penatnya balik kerja dah jam 10 malam dari Puchong ke Shah Alam..nak sampai rumah, pecut 80km/jam dalam setengah jam baru sampai umah. Tu belum kira singgah bank dengan isi minyak..sampai2 dah dekat pkul 11 malam..Beginilah kalau kerja kan...

Balik rumah, terfikir nak sediakan makanan untuk kerja esok. Bukak peti, keluarkan mana2 yang boleh guna. Ada lobak, kubis, sosej ngan telur.. Jadi rasanya better buat nasi goreng je kot. Tapi tengah pikir2 lagi nak puasa ke tak esok.

Kalau puasa aku cuma perlu masak untuk sahur jer..kalau tak, kena masak lebih untuk dinner skali. Almaklumlah, balik lambat. Tapi pikir2 kalau puasa kena masak untuk bukak puasa skali kan??hehehe...lupa.

Nak masak nasi goreng? Senang jer. Nasik goreng ada banyak jenis. Bagi yang baru nak belajar buat nasi goreng, buat yang simple2 je. Aku guna apa yang ada sahaja.

Bahan2(untuk nasi goreng simple)

Bawang putih(ditumbuk)
Sayur (biasanya aku suka letak kubis dan lobak)
Lauk yang dah potong kecil2(ayam, udang, daging, etc..)
Telur(kalau dah tak ada lauk lain)
Garam(secukup rasa)
Cili yang dah dipotong kecil2(kalau nak pedas)
Minyak masak

Cara-cara
1. Masukkan minyak, pastikan cukup panas kemudian masukkan bawang putih yang dah ditumbuk dan cili(kalau nak).

2. Bila bawang sudah keperang- perangan, masukkan lauk( ayam, daging atau makanan laut shj) dan kacau sampai separuh masak.

3. Masukkan sayur( kalau ada) seketika, masukkan telur, garam, dan kacau biar telur hancur.

4. Bila semua benda dah sebati, masukkan nasi dan kacau sampai rasa dah cukup masak. Kalau kurang masin, boleh tambah garam. Gaulkan seketika dan kemudian tutup api.

5. Nasi dah siap dan boleh dihidangkan. Kalau ada sambal goreng lagi best.

Comments