My favourite lepak place...

Tiap petang jumaat(kalo tak ujan la), aku biasanya lepak dekat tasik di kota kemuning(area mcd) sementara lepak-lepak tunggu maghrib..

Aku ada kelas pukul 8 malam, jadi aku ada sejam lebih gap untuk rileks.(biasanya aku bertolak jam 6 dari usj 1, sampai jam 6 lebih).

Aku lepak sampai jam 7 lebih, sebab nak solat maghrib. Kat situ ada orang main layang-layang dua tali. Ikut hati nak jer aku join sekaki, tapi sebab tak boleh, aku tengok jelah..

Apapun, kawasan tu memang cantik. Aku pernah pusing tasik tu masa second time datang, dan ambil masa lebih kurang setengah jam jugak bila jalan laju. Boleh tahan besar jugak tempat tu dan kalau nak kurus, rasanya aku patut jogging kat situ

Comments