Pelakon utama fast& furious meninggal

Dikenali sebagai tonggak utama fast & furious, kematian Paul Walker,40  semalam telah mengejutkan banyak pihak. Beliau yang sedang menjalani penggambaran fast & furious 7 meninggal dalam satu kemalangan ngeri yang turut mengorbankan pemandu porshe yang dinaikinya.

Lantaran itu juga, penggambaran fast & furious 7 telah dihentikan buat seketika. Dalam kemalangan tersebut, porshe yang dinaiki paul dan sahabatnya telah terbabas dan merempuh pondok telefon dipinggir jalan,menyebabkannya terbakar dan meletup.

Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang selepas acara"TheReachOut Worldwide", sebuah majlis mengutip derma bg mangsa2 taufan haiyan. Menariknya, acara kutipan dana ini dilakukan dengan persembahan kereta, sesuai buat penggila kenderaan lumba ini.

Pelik bin ajaib, tapi itulah hakikatnya. Tonggak utama filem aksi kereta ini terkenal sebagai kaki kereta dan drifter yang hebat, namun turut meninggal dunia di atas jalan raya disebabkan kemalangan jalanraya setelah pemandunya hilang kawalan.

Comments