Aku rasa bodoh meluahkan rasa marahy difacebook..lebih marah kerana aku terpengaruh dengan orang yang cetek akalnya sehingga aku buat benda yang sama yang dia buat..tapi malangnya, itulah manusia, dan aku adalah manusia biasa yang tidak sempurna. Mudah melatah bila sisi negatif dicuit. Melenting bila yang buruk diungkit, yang baik diabai.

Perlu ke sebar keburukan orang kat media sosial dan tagih simpati? Perlu ke bukak aib orang dan jaja macam orang jual aiskrim paddle pop?perlu ke buat pengumuman yang orang lain semua buruk, engkau je yang perfect?

Prinsip aku, kalau buat kerja biar ikhlas. Kalau xikhlas baik xpayah buat. Ko buat keje sikit, pastu membebel2 macam ko sorang je kat dunia ni yang sangat2 sangaaat rajin.Rasa diri tu cleaner?kalau nak sangat aku boleh jer tolong doakan..moga jadi cleaner berjaya lps kawin yer...

Aku kenal jenis manusia macam ni. Jenis mak bedah yang rsa diri paling hebat paling sempurna. Orang lain tu macam sampah je kat mata dia. Paling jelas, siap ada pakej mulut laser sedunia.

Orang macm ni kalau kawen dengan llk yang xtegas, akan jdikan suaminya dayus. Kalau kawen dengan suami sedang2 ada kemungkinan besar bercerai lepas nikah 5, 6 taun. Kalau nak cari laki, kena cari yang garang, baru aman. Itupun ada kemungkinan perang dunia ke4 yang datang.

Aku bukan nak doakan atau reka2 cerita, tapi aku cakp berdsarkan pemerhatian aku dgn org sekeliling. Ada orang, mulut jahat tapi hati baik, tapi manusia kategori ni bukan setakat mulut jahat, tapi hati jugak.

Konon2 manja, lemah tak berdaya. Ada masalah sikit pos kat fb, ada masalah sikit mengadu kat fb. Time mintak tolong lembut gigi dari lidah. Kalau kita mintak tolong dia, nk tolong pon macam xikhlas. Sekali kena dengan orang macam ni, tobat aku xnk mintak tolong lagi.

Disebabkan dia dah lancarkan peluru berpandu, aku akan serang balik dengan bom atom..jangan xtau, aku ni manusia paling pendendam kat dunia ni..

Comments