Sambal goreng penambah selera

Bila sebut je pasal sambal, mesti lidah dah terasa semacam. Apalagi sambal goreng yang sememangnya dua kali ganda pedasnya dari sambal biasa.

Namun,keenakannya membuatkan kita tak jemu memakannya, terutamanya sebagai penambah selera bersama nasi goreng, beehon, mee atau nasi putih sekalipun.

Nak membuatnya tak susah, namun hanya mereka yang benar- berpengalaman sahaja yang mampu menghasilkan sambal goreng yang betul- betul sedap.

Antara bahan-bahannya ialah:

a) Bawang merah dan bawang putih(kisar atau tumbuk)

b) Cili (kisar)

c) Garam & gula secukup rasa

d) Serbuk perasa( jika perlu)

Goreng bawang sehingga kekuning-kuningan. Masukkan cili yang telah dikisar dan goreng hingga hampir masak. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Goreng hingga hampir garing, dan hidang.

Jika anda tidak mahu pedas yang keterlaluan, anda boleh gunakan cili besar untuk menggantikan cili padi.

Jika ada sambal lebihan kenduri, gunakannya supaya ia tidak terbazit begitu sahaja. Pastikan ia masak secukupnya untuk rasa yang lebih sedap.

Comments