Raya oh raya

Lama sungguh rasanya tak menulis. Bukan apa, aku sebenarnya rasa bosan dengan segala macam mak nenek teknologi yang ada. Facebook?twitter? Berzaman rasanya tak buka. Wassap? Khas untuk "group" Bagan fc dan geng2 sekolah menengah dulu je. Itupun sekadar perkongsian info penting. Wi chat? Passwordnya aku lupa. Kalau banyak update sekarang, instagram la jawabnya, Word By Picture. Tak payah susah-susah nak terangkan.

Apapun, raya tahun ni boleh dikatakan "havoc" berbanding tahun- tahun sebelumnya, terutamanya lepas nenek(sebelah mak) meninggal. Abang cikku telah berjaya memeriahkan suasana dengan mengadakan pesta family day dan barbeque buat julung-julung kalinya. Tambah perisa bila kitaorang book futsal court mlm tu selama dua jam. Memang puas hati dan mandi peluh. Sebagai perempuan, memang susah bermain dikalangan lelaki, tapi aku buat donno je. Yang penting, dapat lepas gian.

Apapun kitaorg memang menggunakan masa yang ada sepenuhnya untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama sepupu kali ini. Kebanyakan ahli keluarga puas hati dan dah mula suggest venue untuk tahun depan pula. Apapun harap- tahun depan bukab turn kami lagi sebab masa nak sediakan makanan memang penat, apalagi time mengemas. Kami- kami yang perempuan yang tensen tau!

Comments