Jom balik kampung!!


Jika anda sudah muak dengan pencemaran di bandar, apa kata kita release otak dengan pulang ke kampung. Anda mungkin merasakan bahawa suasana kampung membosankan, namun jika kena caranya, anda pasti rasa seronok mahu kembali lagi, terutamanya bagi mereka yang sukakan cabaran.


Pulang ke kampung boleh mengimbau kembali kenangan lama bersama2 rakan atau saudara. Kampungku bukanlah termasuk dalam kategori kawasan pelancongan menarik untuk dilawati di Kelantan. Namun jika berada di kampung, banyak aktiviti yang boleh di lakukan sebenarnya.


Aktiviti mengutip jagung yang sudah masak adalah antara aktiviti yang paling digemari bila musim jagung tiba. Bukan setakat jagung, kacang & ubi pun ada. Jagung yang masak boleh direbus atau dibakar. Putik jagung pula boleh dijadikan ulam atau dimasak sebagai sayur. Lagi segar jagung, lagi sedap rasanya.


Lepas penat-penat mengutip jagung, apa lagi, sungailah jawabnya. Sambil-sambil berehat & mandi, boleh juga mengutip etak2 untuk dimasak nanti. Kalau masak kat tepi sungai pun best juga. Tambah lagi kalau masak meggi. Lepas sejuk2 mandi, boleh melahap meggi sekali. Memang terbaekkk!Tapi jangan lupa balik rumah pulak.


Kalau hujan turun, mandi hujan itu kemestian. Kalau kat bandar, ramai yang tak berani nak main hujan sebab takut hujan toksik. Almaklumlah, pencemaran udara banyak. Tapi kat kampung kami tak kisah sangat. Yang penting kena mandi balik dengan air bersih lepas mandi hujan. InsyaAllah tak demam.


Kadang-kadang, sempat lagi main bola sepak dalam hujan. Bola tah ke mana, kita tak ke mana, tapi seronok dan mencabar. Lebih-lebih lagi kalau ramai.






Comments