Sikap Orang Melayu

Kadang-kadang, tertanya-tanya juga, kenapa orang Melayu susah nak mengatasi kaum-kaum lain(especially kaum Cina) dalam bidang ekonomi. Kita sebagai penduduk asal, tapi ekonomi  dikuasai bangsa lain. Kalau bukan kaum Cina, selalunya orang luar(bidang elektronik, tekstil dan makanan banyak dikuasai oleh orang orang timur tengah(Pakistan). 

Ramai antara mereka yang datang sehelai sepinggang, dan ramai juga yang berpenat-lelah berjalan sana sini semata-mata nak jual karpet, atau kraftangan berunsur Islam pada awalnya. Untuk berjaya, mereka buang perasaan malu, tolak tepi ego dan rasa penat. Sebagai pendatang, mereka sedar yang mereka perlu berusaha keras untuk berjaya. Hasilnya??Mereka berjaya memecahkan monopoli kaum Cina dalam bidang ekonomi kita. Yang bagusnya mereka ni, kalau ada kaum-kaum mereka yang datang dari negara asal, mereka sama-sama tolong, bagi kerja, tempat tinggal. Mereka tahu mereka minoriti, menumpang, jadi masing-masing tolong satu sama lain.

Lain pula dengan orang Melayu kita. Kita anggap kita besar, pemilik negara ni, bebas dan hidup selesa. Kemudahan disediakan, dan tak perlu bersusah payah sangat. Yelah, negara sendiri katakan. Jadi kita mula hidup dengan lenang. Buat apa nak susah payah?Macam-macam bantuan kerajaan dah sediakan. Buat apa nak kerja penat-penat, gaji dapat sama je dengan orang lain. Itulah "mindset" kita.

Peliknya, bila ada orang Melayu lain yang lebih sikit daripada kita, perasaan hasad dengki pun membuak-buak. Kata-mengata, tikam belakang, hasut menghasut tu perkara biasa. Kita dibudayakan dengan budaya sebegitu, jadi kita pun ikut je. Kadang-kadang tak faham pucuk pangkal cerita pun, sebab kita ni pengikut je.

Kenapa benci sangat sesama melayu?Kenapa nak bergaduh-gaduh untuk hal yang remeh temeh? Bangsa lain, dah jadi jutawan pun masih bantu sesama jutawan. Kita bergaduh, kaum lain tepuk tangan. Kita jatuhkan bangsa sendiri, bangsa lain bergelak ketawa. Mungkin tak semua, tapi jangan lupa, dunia ni bukan orang yang baik je wujud. 

Nasihat ni bukan ditujukan kepada orang lain je, tapi jugak diri sendiri sebagai peringatan. Ikut hati, memang malas nak masuk campur, tapi inilah yang terjadi pada orang-orang sekeliling kita. Nak tegur, masing-masing dah besar. Nanti dikatanya kurang ajar. Hmm, nasib, nasib.

Sebelum kita tersungkur lebih teruk, baik kita balik pada fitrah asal manusia iaitu hubungan sesama manusia terutamanya saudara seislam. Bukan nak mengata, tapi sekadar nak bercerita. Jadikan pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain.

Comments