PERHATIAN! Gangguan Bekalan Air!

KUALA LUMPUR : Gangguan bekalan air kini berlaku di beberapa kawasan selepas paip besar yang menyambung bekalan utama ke kawasan Wangsa Maju tersebut pecah malam tadi.

Gangguan tersebut berlaku apabila paip jenis mild steel berukuran 2000mm berdekatan MRR2 Batu Caves pecah akibat hujan lebat yang berterusan malam tadi.

Ia menyebabkan gangguan air tidak berjadual kepada lebih setengah juta orang di kawasan-kawasan besar termasuk sekitar Gombak, Wangsa Maju, Keramat, Ampang, Pandan, Bandar Tun Razak dan sebahagian Cheras

Kerja-kerja pembaikian kini sedang giat dijalankan dan akan mengambil masa sehingga esok untuk disiapkan, namun masih belum dapat dipastikan bila bekalan tersebut akan pulih sepenuhnya.


Comments