Tolong, aku mahu lena....

Sejak akhir-akhir ini aku rasa kepenatan yang teramat bila bangun pagi. Entah kenapa, aku sendiri tak pasti. Aku tak tahu berapa lama aku betul2 tidur, tapi aku asyik diganggu dengan mimpi-mimpi yang bukan-bukan. Siang atau malam, sama je. Aku terlelap lepas 10 minit depan komputer walaupun berusaha keras bukak mata luas-luas, tapi minda langsung tak boleh rehat bila aku baring dan berusaha keras nak tidur. Penyakit apakah ini?

Sekarang ni aku rasa segan bila berada di ofis. Aku memang jenis mudah mengantuk, tapi taklah seteruk ini. Sekarang ini, penyakit itu dah jadi makin teruk lagi..Rasanya banyak mata yg memandang sinis pada aku. Tolonglah, ada ke ubat untuk hilangkan mimpi ngeri ini?Aku nak berehat secukupnya macam orang lain, tapi end up terjaga di  tengah-tengah malam. Terbangun dalam keadaan terkejut, buat aku rasa macam kena serangan jantung, sakitnya, sedikit sebanyak mengganggu.

Aku mahu lena, aku mahu berehat secukupnya. Aku mahu bekerja dengan baik dan aku mahu bersemangat waja seperti sebelumnya. Tolong, beri aku ubat untuk penyakit ini. Sesungguhnya, ia bagai membunuh jiwaku. 

Comments