Pelik Tapi Benar

Bagi aku, diorg ni lagi normal...mcm best je naik motor ni...


Dua hari ni aku "separuh buta" dek kerana kehilangan cermin mataku. Hmm, tak dapat dibilang kali ke berapa dah aku tukar spek. Memang tak pernah lekat. Ada je yang tak kena. Minggu lepas pergi putrajaya melawat kawan yang kawen, lepas tu leka sangat ambik gambar sampaikan tak sedar spek tercicir. Dah nasib badan.

Ok, lupakan kisah sedih tu. Kisah yang aku nak ceritakan ni berkait sikit je dengan spek.Alkisahnya, semalam aku balik agak awal, iaitu pukul 6 lebih(biasanya aku OT sampai jam 7 atau 8 malam). Seperti biasa, aku lalu jalan motor sebab lebih selamat dan tak banyak motor yang lalu, aku ternampak satu objek pelik. Objek tu macam orang naik motor, tapi yang pelik ialah keadaan motor tu. Disebabkan mata aku rabun, aku ingatkan aku salah tengok. Apa yang aku nampak, ada orang bawak motor, tapi kenapa nampak tinggi je motor tu? 'Nak kata motorcross, motorcross taklah setinggi itu.

Dek kerana perasaan ingin tahu yang tinggi, aku pecut dan cuba potong dia. Bila makin dekat, aku terkejut. Mamat tu tak duduk atas motor tapi sebaliknya buat gaya ala-ala pumping?Nak kat terbang pun tak jugak sebab kedudukan punggung lebih tinggi daripada kepala. Bler sekejap aku. Nak kata merempit, takdelalaju pun dia bawak. Hmm, aku malas nak layan, aku pecut jelah.

Hari ni masa balik, tiba-tiba teringat scene semalam. Nasib takde polis, sebab aku tau kawasan depan tu selalu ada polis buat roadblock. Ingatkan dah takde aksi "ngeri mata memandang" tu. TErnyata aku silap. Di tempat yang sama, aku jumpa lagi mamat tu dengan aksi sama. Hmm, menggeleng jelah aku. Sengal betul! Tapi aku pikir positif je. Mula-mula aku pikir, mungkin dia tengah praktis nak jadi mat rempit. Tapi last-last aku tukar fikiran. Mungkin dia ada buasir kot...Siapa tau kan??

Tapi aku niat jahat sikit. Kalau aku nampak lagi aksi "mengerikan" tu, aku nak hon kuat2..Heheh..jahat kan??(Macamlah aku berani sangat nak buat..)

Comments