Syaitan & mimpi

Pagi tadi aku bermimpi buruk. Menakutkan sehingga aku tersedar dari tidur. Aku bermimpi yang ibu meninggal. Mimpi kami mengebumikannya di suatu kawasan yang jauh dan asing untuk aku. Anehnya, aku seolah-olah pernah ke situ, tapi bukan di alam realiti. Rasanya aku pernah bermimpikan tempat yang sama sebelum ini.

Kemudian aku bermimpi tentang satu pondok yang seolah-olah familiar denganku. Seolah-olah aku banyak menghabiskan masa dipondok itu bersama ahli keluargaku. Anehnya, ahli keluargaku dalam mimpi bukan ahli keluarga yang sama dalam realitii.

Dalam mimpiku, aku teringat bahawa laptopku tertinggal di pondok itu. Mungkin kerana ia paling penting dalam hidupku dan aku susah tanpanya, ia seolah-olah menjadi penyebab bahawa aku perlu kembali ke pondok dan mendapatkannya dengan segera sebelum pulang.

Lucunya, aku tidak tahu dimana pondok itu dan bagaimana untuk ke sana. Dalam keadaan hutan yang gelap, aku cuma bergerak mengikut langkah kakiku, dan akhirnya aku tiba disitu yang ternyata di tengah jalan untuk pulang ke rumahku yang entah dimana. Tapi aku seolah dapat melihat bayangan syaitan-syaitan kecil yang mengganggu, dan cuba menarik aku untuk menjadi sebahagian daripada mereka.

Justeru, aku tersedar. Aku takut menjadi sebahagian daripada makhluk2 itu. Aku takut terpesong dari  agamaku sendiri. Aku takut syaitan menggoda imanku yang lemah. Aku berharap agar imanku sentiasa dilindunginya, dan semoga aku meninggal dalam iman. Amin.

Aku sedar, syaitan boleh datang menggoda dalam pelbagai bentuk. Ia boleh menyerupai wajah seorang ibu, seorang ayah, atau sesiapa yang kita sayangi. Ia boleh datang dalam mimpi, atau secara depan-depan. Berhati-hati kerana ia boleh datang dalam bentuk manusia yang paling sempurna, dan menyesatkan kita secara diam-diam.

Comments