Sudah jatuh ditimpa tangga...

Malang memang tak berbau. Lebih malang jika berlaku berturut-turut. Apapun, ia jadi pengajaran buat budak yang suka buat keje last minit macam aku ni.

Lain kali nak beli tiket apa pulak ek??Kapal terbang kot..

Tempoh hari aku cerita pasal aku tertinggal keretapi kan??Justeru, malam tu jugak aku menapak ke Stesen Bas Putra untuk beli tiket. Jangan cerita pasal penat, sebab memang penat nak cerita. Malam tu aku bermalam di KL Sentral bertemankan nyamuk & asap rokok pakcik-pakcik teksi yang tak faham-faham isyarat "no smoking" aku. Mujurlah aku jumpa plug untuk melayan drama korea( yang tu pun asyik terganggu).

Yang lucunya, lepas subuh baru aku perasan yang wifi kat KL Sentral laju giler. Akupun apa lagi, ambil kesempatan mendownload sebanyak mungkin episod drama korea. Masa tu, dah tak heran dengan pandangan mata orang sekeliling yang tengok aku pelik sebab bersila atas lantai. Lantaklah, aku tak kacau orang pun).

Yang sengalnya, aku boleh tersyok mendownload sampai tak sedar masa berlalu cepat je. Sedar-sedar, aku aku terlambat lagi! Paling sakit hati, sebab pisang berbuah dua kali tu!Macam dejavu rasanya bila komuter tu berhenti tengah-tengah hutan, sedangkan masa tu aku rasa macam nak pecahkan je cermin dan pecut 100 km sejam.

Balik kampung setakat 2,3 ari, memang tak puas....baru sampai dah rindu kampung..huhu..

Jangan tak tahu, aku tertinggal bas pula kali ni. Muka aku dah pucat lesi tak berdarah, air mata pun terasa semacam nak mengalir, tapi aku cakap, sabarlah wahai hati. Mujurlah dalam dunia ni, ada orang yang sudi menolong(ini untungnya jadi perempuan). Hamba Allah tu offer naik bas free balik kampung jam 11 pagi. Walaupun lambat sejam lebih, at least, dapatlah juga balik kan. Bukan bas, tapi van persiaran sebab penumpang ada lima orang je.

Mula-mula takut jugak sebab manalah tau kan, entah-entah nak dijualnya aku ke siam ke, hape ke. Tapi dalam perjalanan, pakcik tu siap bagi kuiz agama lagi. Walaupun luaran nampak ganas, ilmu dia mengalahkan ilmu aku. Betullah, don't judge the book by its cover, nanti salah tafsir kan?Bagusnya, pakcik van tu bawak laju dan dalam masa 7 jam, aku dah pun sampai ke kampung..

Siapa sangka kan, dalam yang tersurat tu sebenarnya ada yang tersirat. Dan ada hikmah disebalik setiap malang yang menimpa aku tu. Ia mungkin ujian dari Allah, nak tengok berapa kuat ingatanku terhadap-NYA.  Buat yang kat luar sana tu, jangan cepat melatah atau menyalahkan takdir kalau ditimpa malang. Mungkin kesudahan disebaliknya jauh lebih baik untuk kita.




Comments