Pengalaman Tahun Baru

Seperti tahun lepas, tarikh 1 januari sekali lagi meninggalkan pengalaman yang susah untuk kulupakan sampai bila-bila. Jika tahun baru 2012 disambut dengan aku jatuh longkang, tragedi tahun baru 2013 tak kurang sedihnya.


Semalam, aku sepatutnya menaiki KTM jam 8.30 malam untuk balik kampung. Malangnya, kerana terlalu rali mendownload drama, aku terlewat keluar. Assumption, 10 minit ke KTM, 30 minit dari stesen komuter ke KL Sentral, dan selebihnya untuk berjalan. Malangnya, ia tidak berjalan seperti yang dirancang.

Komuter sampai di stesen padang jawa jam 7.50 malam, kemudian bergerak agak perlahan(bagi aku la) dan sampai di Angkasapuri jam 8.28. Ingatkan sempat sampai di KL sentral dalam jam 8. 30, tapi tiba-tiba pulak ia berhenti di tengah-tengah jalan, katanya menunggu isyarat daripada main central. Aku tersangkut dalm tu hampir 20 minit, dan semestinya, terlepas KTM aku. Kalau korang, apa agaknya yang korang rasa?

Aku dah meroyan sorang-sorang dalam train yang tak bergerak tu. Rasa macam nak berguling-guling je atas lantai, tapi kusabarkan hati ini. Buku yang dibaca, rasa menyemakkan lagi adalah. Nak menangis tapi sabar jelah.......

Kesudahannya, aku turun dari komuter, tercongok kat KL Sentral cari idea macam mana nak balik kg. Call Zaf untuk mengadu nasib dan mendapatkan idea, at least tenang sikit jiwa ni ada orang dengar luahan hati aku. Dengan beg yang berat gila ni, aku kehulu-kehilir, dapat idea tentang bas kat Putra Sentral. Aku naik komuter ke Stesen Komuter Putra, berjalan ke Stesen bas putra kat seberang jalan. KEmudian teringat duit tak cukup, ingatkan ada ATM dalam stesen bas tu, tapi hampeh!

Nak tak nak, terpaksa pergi Shopping Complek terdekat, cucuk duit, pastu balik semula ke Stesen Bas Putra. Lenguh kaki dan tangan, jangan tanya. Orang tengok semacam aku baut-buat tak tahu je. Nasib baik ada tiket 2hb. Lepas tu aku balik semula ke KL sentral. Nak tidur tak boleh, jadi aku cuba cari plug. Agak meyrayau-rayau jugakla sampai orang tanya, aku cari plug ke?macam tau-tau je. Dapat je plug, niat nak menonton drama terbaru korea sampai habis, tapi malangnya terganggu oleh pakcik2 teksi. Jadi aku bukak runningman.

Jam 5 lebih, aku masuk balik dalam KL sentral, tertidur sekejap kat atas kerusi urut, kemudian terbangun jam 6 lebih. Pergi surau, solat subuh dan tidur sekejap sampai jam 7.30. Sekarang ni, tengah menulis dalam blog ni sambil2 download drama korea. Tak sangka laju gile wifi dia. Kalau tau, dari awal lagi aku bertapak kat sini...huhu...


Comments