Cheongdamdong Alice, terbaik!!!!!!!!!

Baru sahaja selesai menonton episod 1 & 2 drama ni, aku dapat rasakan yang ia akan hits! Sampai sekarang aku tak boleh berhenti senyum sebab cerita dia memang comel!!!Dan watak hero memang terbaik!!!

Xsangka pulak dia boleh create watak segila itu..(Dia memang gila pon)..hahha..Apapun, rugi kalau tak menontonnya dan aku  mula tertanya-tanya apa lagi cerita yang akan datang..Ahhh, tak sabar betul nak tunggu episod akan datang....

Aku tak boleh bagi sinopsis yang clear tentang drama ini sebab aku pun masih tertanya-tanya, tapi aku boleh bagi sedikit briefing.

Cheongdamdong Alice mengisahkan dunia serba materialistik dimana untuk mendapatkan pekerjaan  sekalipun bergantung kepada jenama yang dipakai, dan berapa mahal sesuatu barang yang dibeli.  Dunia di mana kebanyakan orang tidak segan silu mencari jalan pintas menjadi lebih hebat dan bergembira dengan kesusahan orang lain.





Han Se Kyung, datang dari keluarga sederhana dan sentiasa berusaha keras untuk berjaya sebagai pereka fesyen. Malangnya dia selalu dipandang rendah kerana dia tidak memiliki barang-barang berjenama.

Jean Thiery Cha, CEO sebuah brand terkemuka yang memiliki kebijaksanaan dalam marketing dan menjadi jutawan dengan kebijaksanaannya. Orang lain melihat beliau sebagai seorang yang bijak, tegas, dan matang. Bagaimanapun sikap sebenar beliau adalah sebaliknya. Beliau sangat kebudak-budakan, dan pendendam orangnya.

Satu kemalangan menemukan mereka dan mereka asyik bertembung kemudiannya. Melihat keadaan hidupnya yang selalu dipandang rendah, Han Se kyung nekad untuk mengubah hidupnya dengan cuba untuk mengahwini lelaki kaya. Namun mampukah beliau bertemu jejaka yang dimahukannya? Bagaiman pula dengan Cha yang menyamar menjadi setiausaha dan bukannya CEO??

Itu kenalah tunggu dan lihat...Ahhh, tak sabar betul!!! 

Comments