Ghost, kisah penuh mendebarkan



Sukar nak diungkapkan dengan kata-kata, tapi drama "Ghost" memang terbaik!!"Sukar nak menafsirkan siapa api dalam sekam dan siapa yang boleh dipercayai dalam dunia ni", itu prinsip yang cuba  disampaikan dalam drama ini, kerana walau bagaimana sekalipun, apa sahaja boleh terjadi. 

Orang yang kita paling percayai mungkin juga ialah orang yang yang boleh mengkhianati kita. Motif?Ia boleh jadi pelbagai. Tekanan dari orang lain, dendam, perasaan tamak, atau mungkin juga seribu satu alasan yang sukar untuk difikirkan.  

Yang pasti, tiada apa yang boleh disembunyikan dalam dalam dunia yang penuh canggih ni. buat sesiapa yang terasa nak buat apa-apa yang jahat berkaitan melibatkan teknologi semasa, berhati-hatilah kerana perbuatan anda mungkin dibongkar.

Dan jangan lupa, apa sahaja yang berkaitan dengan teknologi boleh diubahsuai, jadi berhati-hati dengan apa-apa gambar atau video yang diupload dalam internet.

Comments