DAP: Manipulasi terhadap Wanita?



Tindakan DAP menggalakkan wanita berpakaian seksi seolah-olah menggambarkan betapa galaknya beliau mahu "menelanjangkan" wanita, dan menggalakkan masalah sosial di negara ini.

Beliau seolah-olah lupa bahawa kes-kes rogol dan jenayah seks terhadap wanita kian meningkat kerana "godaan syaitan" terhadap lelaki-lelaki mata keranjang yang lolos matanya melihat betis-betis dan kaki wanita. 

Jika begini keadaannya, anak-anak luar nikah rasanya akan bertambah, dan jangan salahkan sesiapa kalau sesiapa yang rapat dengan beliau mengalami nasib yang sama akibat berpakaian terlalu seksi dan menaikkan ghairah insan bernama "jantan"..

Karpal: Tindakan mahkamah jika Pas teruskan etika pakaian

KUALA LUMPUR 6 Jan. - DAP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah jika Pas masih terus melaksanakan etika berpakaian bagi wanita bukan Islam di Terengganu.

Timbalan Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu tidak akan membiarkan Pas bertindak sewenang-wenangnya ke atas hak-hak perlembagaan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.

"Saya juga mencabar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menamakan pemimpin bukan Islam yang ditemui oleh pihak Pas untuk berbincang mengenai peraturan etika berpakaian berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan ekoran peraturan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) yang wanita bukan Islam di negeri itu dilarang memakai baju lengan pendek, seluar jeans, skirt labuh berbelah dan skirt pendek.-utusan-


Comments