Ummi Hafilda & Kontroversi..

Baru-baru ini YTT berkesempatan menemuramah Ummi Hafilda yang terkenal dengan pelbagai kontroversi antara beliau, Anwar, dan abang ummi sendiri, Azmin Ali..

Banyak input yang dicurahkan, sangat kontroversi temuramah beliau..Oleh kerana YTT kesuntukan masa, YTT akan memasukkan sedikit input temuramah bersama Ummi hari ini, dan akan disambung esok...

Apa pendapat puan berkenaan pentadbiran D.S. Najib?
Saya patut berterima kasih kepada beliau kerana kita boleh nampak banyak perbezaan berbanding PM terdahulu, Abdullah Badawi, dan kita boleh nampak pelbagai transformasi dilakukan oleh Najib. Perkara yang sangat jelas menyentuh hati saya ialah ukwah, hubungan beliau dengan rakyat. Ini perkara yang saya tak pernah lihat sebelum ini. Dah tentu, saya tak boleh nafikan fakta yang Mahathir ialah Perdana Menteri terbaik di negara ini. Ini apa yang saya rasa, saya harap PM sekarang tak kecil hati. Tapi hubungan rakyat, ukwah, saya boleh katakan bahawa Najib ialah Perdana Menteri yang paling dikasihi oleh rakyat.

Kita tak akan dapat lihat PM sanggup turun padang hampir setiap hari, setiap minggu semata-mata nak bertemu dengan rakyat. Saya rasa sungguh terharu dan rasanya berjuta rakyat turut merasakan perkara yang sama. Maksudnya, dia sanggup masuk kampung, jumpa Orang Asli, orang susah. Juga transformasi melalui ekonomi, melalui NKRA dan sebagainya macam BR1M sumbangan kepada rakyat dan  niat beliau untuk mempertingkat gaya hidup masyarakat, sangat jelas, perkara terbaik yang Najib pernah buat sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Apa yang buatkan Puan pilih untuk berada dalam BN, bukannya Pakatan?
 
 Maaf untuk saya menyebut perkataan ini, mungkin kepada sesetengah orang perkataan ini agak keras, tapi saya tahu Anwar adalah “syaitan”........(bersambung esok)

Comments