Skandal 1 Billion

“Saya akan dedahkan skandal 1 bilion kerajan PR dalam masa terdekat” – Chua

Oleh Mohd Fazil
fazil@themalaysiantimes.com.my
KUALA LUMPUR :  Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Chua Tee Yong hari ini berkata beliau  akan mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) melibatkan  skandal penyelewangan hampir  RM1 billion dalam masa terdekat ini.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Labis mula mendedahkan  isu berkenaan di dalam entri tweeternya sejak semalam bermula dari  enteri pertamanya mengenai isu tersebut atas  tajuk “The Rm 1 billion deal by PR govt is shocking cos of how well they have concealed it ”. Dan pada hari ini  pada  jam 10.39 pagi beliau membuat satu lagi tweet berhubung isu yang sama iaitu “Pr 1billion questionable deal Involve lots of rakyat money,state companies, private company. Lots of transaction.prdeal

Kandungan Tweeter tersebut telah mencetuskan pelbagai tanda tanya sejak semalam dimana ramai pihak yang cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada Datuk Chua Tee Yong berhubung isu tersebut yang dijangka akan mengemparkan arena politik negara.

The Malaysian Times (TMT) juga  telah menghubunginya   bagi mendapatkan penjelasan  lanjut mengenai kenyataanya di Tweeter.  Beliau akhirnya memberikan sedikit penjelasan secara ringkas kepada TMT.

“Saya mencabar kepimpinan Kerajaan Selangor untuk tampil memberi penjelasan berkenaan wang RM1 billion melibatkan perihal anak-anak syarikat dan pembelian aset-aset yang statusnya mencurigakan. Mereka (PR) yang sebelum ini begitu beria-ria bercakap berkenaan ketelusan dan pentadbiran berkesan perlu tampil ke hadapan bagi menjelaskan hal ini terutamanya kepada rakyat Selangor” tegas beliau kepada TMT.

Beliau turut memaklumkan bahawa sedang merancang untuk mengadakan sidang media dalam waktu terdekat bagi mendedahkan hal ini kepada pihak media dan umum.

Ketika ditanya berkenaan sumber maklumat ini, beliau menjelaskan bahawa ianya diterima melalui e-mel dan maklumat yang diberikan adalah meyakinkan namun belum dapat mengesahkan samada ianya sumber dari ‘orang dalam’ PR atau pentadbiran Selangor sendiri .

“SERIUS” – ZIN

Sementara itu Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata , pendedahan tersebut merupakan satu kes yang amat “ serius” dan beliau sendiri amat terkejut apabila ditanya mengenai skandal tersebut.

“ Saya akan berikan komen yang lebih menyeluruh dan tindakan susulan daripada BN Selangor selepas mendapatkan maklumat yang lebih terperinci selepas skandal tersebut didedahkan.Apa pun, ini merupakan satu perkembangan yang amat serius melibatkan kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat yang sering melaungkan ketelusan sekiranya terbukti benar”, katanya yang juga Ahli Parlimen Sepang – TMT

Comments