Selamat menyambut Ramadhan Al mubarak!

Pejam celik pejam celik, ramadhan yang mulia tiba lagi. Ramadhan, bulan yang menjanjikan seribu satu pengalaman yang istimewa buat seluruh umat islam diserata dunia. Bulan yang menguji keimanan dan kesabaran seorang muslim.

Melihat seorang teman mula bertudung sejak semalam, saya merasakan betapa hidayah itu boleh datang dalam pelbagai cara. Cantiknya dia ketika tidak bertudung, jauh lebih cantik apabila tudung disarungkan. Itulah petanda bila hidayah datang.

Teringat perbualan dua orang jejaka yang saya tidak kenali ketika kami menonton bola di padang uitm. Mereka sedang bergosip tentang artis-artis wanita yang sudah mula bertudung. Dialog mereka tidak dapat saya lupakan sehingga kini.

Jejaka A: Artis A nampaknya sudah mula bertudung.
Jejaka B: Yup, begitu juga dengan artis B, C, dan D.
Jejaka A: Nampaknya ramai artis yang sudah mula bertudung.
Jejaka B: Hmm..betul tu, tapi, kenapa diorang tak tunggu bulan puasa je?

Kata-kata Jejaka B membuatkan saya yang sedari awal mencuri dengar tersentak. Soalan apakah itu???

Saya berpaling dan memandang tepat kepada mereka. Entah kenapa, mulut ini terasa ringan untuk bersuara. Saya masih teringat soalan yang saya utarakan kepada mereka.

"Dik, mati tu boleh tunggu sampai bulan puasa ke?"

Rasanya kedua-dua mereka tersentap mendengar soalan saya. Bukan ingin memperlekehkan mereka, tapi soalan yang dibincangkan itu terlalu sensitif bagi saya.

Apapun, saya harap mereka sedar bahawa isu sebegitu bukan isu yang boleh diperlekehkan. Semoga setiap daripada kita mendapat hidayah dalam bulan yang mulia ini. AMin..

Justeru, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat kalian. Pesanan; jangan boros-boros, jangan membazir dan rebut pahala yang berganda dalam bulan puasa ini..




Comments