PM Sweden tuntut cerai daripada isteri


STOCKHOLM 12 Julai - Perdana Menteri Sweden, Fredrik Reinfeldt semalam memfailkan tuntutan cerai daripada isterinya selepas berpisah pada awal tahun ini.

Tuntutan cerai tersebut dibuat di Mahkamah Daerah Stockholm, namun punca perceraian tidak dinyatakan.
Reinfeldt, 46, dan isterinya, Filippa, 45, berpisah pada Mac lalu selepas berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan tiga orang anak. - DPA

Comments