Pemandu maut leher kena toreh

Subang Jaya: Seorang pemandu lori warga Indonesia dibunuh dengan lehernya ditoreh senjata tajam hingga tembus ke bahagian mata di USJ 21, di sini, semalam. 

Dalam kejadian jam 6.30 pagi semalam, Yusaini Safari, 43, ditemui mati rakannya selepas dipercayai diserang sekumpulan lelaki di sebuah kontena yang dijadikan kediaman kongsi tapak pembinaan sebuah jejambat. 

Hasil pemeriksaan polis mendapati mangsa dilaporkan terbunuh akibat kecederaan serius pada mukanya akibat ditoreh pada leher hingga ke mata mangsa menggunakan senjata tajam jenis kerambit. 
Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek yang melakukan serangan mengenali mangsa. 

“Siasatan awal mendapati kejadian bukan bermotifkan samun kerana barang berharga mangsa seperti beg duit dan telefon bimbit berada di sisi mangsa, namun kita tidak menolak kemungkinan kejadian bermotifkan dendam,” katanya.-bharian-

Comments