Kenapa?

Nak tahu kenapa saya tidak meng"update" blog sejak kebelakangan ini?

1)Tekanan kerja yang melampau. Stress campur penat. Penat perah otak untuk menulis story dan mendapatkan maklumat itu dah pasti. Kalau tambah lagi menulis (Walaupun sekadar copy paste), lagilah penat otak. Stress sebab hari-hari kena marah. Ada sahaja silap dan benda yang tak kena. Biasalah, manusia. Kalau tak buat silap, perfectionist namanya tu..Boss marah editor, n editor yang tension tentunya akan marah saya. Itu dah pasti..

2)Malas. Kemalasan yang ada sekarang sudah sampai ke tahap melampau. Bila otak dah penat, secara automatiknya badan akan ikut sama penat, walaupun itu hanya perasaan sahaja. Bilik bersepah, nak masak malas, even nak keluar hujung minggu pun malas. Penat fizikal tak sama dengan penat mental. Saya pernah kerja biasa-biasa, fizikal memang penat. Tapi bali rumah pukul 10 malam sempat lagi masak. Tapi sekarang, balik jam 7, tapi lepas tu terus duduk malas nak bangun. Nasib baiklah pergi juga tarawikh walaupun kadang2.

3)Sibuk. Pilihanraya dah hampir dekat. Story kena makin panas. Ahli politik makin sibuk, so kami yang bekerja ni makin susah nak dapatkan komen menteri. Kerja hari minggu, sampai malam, itu perkara biasa. ditambah pula dengan bulan puasa. Mana nak pergi tarawikh, mana nak berbuka, mana nak sahur...hmm..

Comments