Bajet 2013 : Pakatan tak gentar


Bajet 2013 yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri pada 28 November 2012 ini dikatakan akan memberikan tekanan baru kepada Pakatan Rakyat kerana sokongan rakyat kepada BN dijangka meningkat selepas pengumuman tersebut.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Nordin bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat tidak akan beralih arah.

“Kita yakin bahawa rakyat sudah pandai menilai keadaan semasa. Mereka faham pemberian tersebut adalah atas dasar pilihanraya sahaja. Mereka juga tahu itu bukan dasar polisi yang berterusan.”ujar beliau.

Menurut Khalid, bajet yang akan dibentangkan itu hanya satu umpan BN untuk menarik sokongan rakyat ketika pilihanraya dan Pakatan tidak yakin BN akan meneruskan pemberian sebegitu kepada rakyat jika mereka menang pilihanraya nanti.

“Bila habis pilihan raya, kerajaan akan tarik balik segala pemberian. Malah rakyat akan dibebankan dengan pelbagai jenis cukai tambahan yang tinggi.”kata beliau lagi.

Beliau turut menyatakan keyakinan tentang situasi politik di Malaysia, dan menjangkakan Pakatan akan menguasai kerusi di Parlimen, sekaligus menakluk Putrajaya.

“Saya tak fikir Barisan Nasional akan mengekalkan kebanyakan kerusi mereka di Parlimen. Keadaan pemimpin mereka yang banyak diselubungi kontroversi menyebabkan rakyat makin hilang kepercayaan kepada BN. Melainkan Najib sendiri letak jawatan dan mengakui segala kesalahannya, saya rasa rakyat tidak akan mempercayai BN lagi.”katanya.

Khalid turut menyuarakan keyakinan bahawa tindakan PM melambat-lambatkan pengumuman pilihan raya adalah satu strategi BN kerana mereka masih tidak yakin boleh menang.

Bajet 2013 dijangka akan meningkatkan lagi pembangunan ekonomi serta insfraktruktur negara turut menjanjikan sesuatu yang istimewa buat rakyat. 

Ada khabar angin yang menyatakan bahawa pilihanraya hanya akan berlaku selepas bajet,  dan jika ia benar, perubahan besar mungkin berlaku dikalangan penyokong parti.

Comments