Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita.

Hidup manusia ni singkat, tapi perjalanannya jauh. justeru, kita disuruh beribadah seolah-olah maut terbayang dimata, tapi mengejar  kejayaan dalam hidup seumpama kamu akan hidup selama-lamanya.

jangan salah faham dengan maksud ayat tersebut. ia hanya kita untuk sentiasa mengingatiNya(ALLAH) walau sedetikpun, namun tetap berusaha mengejar cita-cita dengan bersungguh-sungguh.

/Kerana itu, tepatlah ayat santapan rohani, bahawa tanpa cita-cita yang luas, hidup akan terasa sempit, sehingga sukar untuk mencari halatuju diri, apalagi untuk terus berjaya.

jika anda seperti saya yang selalu memikirkan dunia ini sempit, anda boleh buang idea tersebut, sepertimana saya menyahkannya malam ini.

Semoga jalan tujuan saya esok lebih lancar dan menyeronokkan..amin..

Comments