Keberanian Diana Danielle dan Remy Ishak menjayakan beberapa babak
'daring' menerusi filem terbaru arahan Osman Ali, Jiwa Taiko telah
mengundang pelbagai reaksi. Kebetulan, Farid Kamil yang juga kekasih
Diana turut hadir pada malam gala filem berkenaan yang diadakan di
Cathay Cinelesure, Damansara, baru-baru ini.
Tatkala di tebak mengenai perasaannya melihat lakonan intim Diana dan
Remy, Farid berkata dia berasa tidak layak untuk memberi komen tentang
lakonan Diana dan Remy di dalam filem berkenaan.
"Saya rasa tidak layak untuk memberi komen tentang lakonan sesiapa di
dalam filem itu. Tetapi secara peribadi, saya rasa lakonan Diana semakin
ada peningkatan. "Mengenai babak intim, saya rasa bersesuaianlah dengan
klasifikasi filem ini (18). Jadi memang saya sudah menjangka akan ada
adegan-adegan sebegitu," tuturnya.
Farid berkata, dia dan Diana tidak pernah berbincang mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam lakonan.
"Kami tidak pernah berbincang tentang apa yang boleh dan tidak boleh
kami lakukan ketika berlakon," katanya. Bagaimanapun, Farid berpendapat,
filem Jiwa Taiko bakal mendapat kutipan pecah panggung dan
diklasifikasikan sebagai filem Melayu paling 'daring' 2012.
"Sebagai penonton saya rasa filem ini filem Melayu paling daring. Saya
puji Osman Ali kerana berani paparkan kelainan dari segi persembahan,
interpretasi," ungkapnya.
-sinar harian-
-sinar harian-
Comments
Post a Comment