Wanita dikelar anak saudara


TAMPIN: Seorang wanita parah dikelar di leher oleh anak saudaranya menggunakan pisau rambo selepas bertengkar dalam kejadian di Gemencheh, di sini, petang kelmarin.

Kejadian pada jam 5.30 petang itu berlaku dalam kereta pembantu am sekolah, Azizah Isa, 50, sebelum dia ditinggalkan di tepi jalan oleh suspek yang juga anak bongsu abangnya.

Anak mangsa, Nurul Aishah Johari, 17, berkata dia mengetahui kejadian itu sebaik dimaklumkan jiran mengatakan ibunya dimasukkan ke hospital selepas dikelar sepupunya yang berusia 26 tahun.

Katanya, dia terkejut dengan kejadian itu kerana keluarganya dan keluarga suspek tiada masalah walaupun mereka baru dipertemukan tahun lalu.

“Saya tidak tahu punca kejadian ini kerana tidak sempat bertanya lebih lanjut memandangkan ibu saya masih mendapatkan rawatan,” katanya ditemui di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, semalam.

YTT: Kalau dulu time gaduh, cepat je naik tangan. Tapi skg bila gaduh, pisau lebih dulu sampai. Bila minda dah tak sempat mencerna dengan waras, yang akan datang dulu adalah bala. JAdi, kita kena sentiasa sabar dan ingat Tuhan, insyaAllah perkara-perkara macam ni tak akan terjadi.

-Bharian-

Comments