Volkswagen CC mewah, bergaya




VOLKSWAGEN Group Malaysia (Volkswagen) menerusi anak syarikatnya, Volkswagen Passengers Car Malaysia (VPCM) memperkenalkan model sedan terbarunya, Volkswagen CC yang disasarkan kepada segmen eksekutif muda dan mewah.

Pengarah Urusannya, Ricky Tay berkata, model itu ditawarkan dalam dua versi iaitu Confort dan Sport yang mana Sport menawarkan seperti rim aloi 18 inci, sistem tanpa kunci, sistem bunyi premium dengan 10 pembesar suara. Katanya, Volkswagen CC ditawarkan dengan enam pilihan warna iaitu Candy White, Light Brown Metallic, Black Oak Brown Metallic, Reflex Silver Metallic, Icelandic Gray Pearl dan Deep Black Pearl.

“Model ini dicipta dengan enjin TSI 1.8 liter dan reka bentuk sedan eksklusif kepada pengguna yang inginkan gaya mewah dalam pemanduan. “Tambahan, rekaan lampu hadapan dan bonet LED menyerlahkan lagi pemanduan premium.

“Kami jangkakan ia bakal mendapat sambutan pembeli premium di negara ini memandangkan reka bentuk serta spesifikasinya yang dicipta khas untuk pengguna dalam segmen berkenaan,” katanya pada majlis pelancaran Volkswagen CC di Kuala Lumpur.

Volkswagen CC dijual pada harga RM225,888 bagi versi Comfort dan RM243,888 ditawarkan untuk versi sport. Kini, model itu boleh didapati di semua bilik pameran Volkswagen di seluruh negara.







Comments