Teka-teki PRU 13

Jentera Pakatan Rakyat dilihat lebih agresif dalam aspek “psikologi politik” bagi menawan hati rakyat berbanding dengan jentera BN yang masih kurang menyerlah di negeri – negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

"BN perlu lebih agresif dan mantap dalam memperkasakan misi tukang cerita politiknya sepertimana yang dilakukan oleh PR bagi memberikan saingan yang lebih sengit kepada mereka kerana strategi ceramah juga merupakan salah satu faktor yang penting dapat mempengaruhi pemikiran para pengundi khususnya generasi muda”, kata seorang pemimpin kanan BN kepada The Malaysian Times (TMT) hari ini.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, PRU13 mungkin diadakan sewaktu cuti persekolahan dan Disember dilihat sebagai bulan yang sesuai.

“Ini kerana bajet akan dibentangkan pada September, dan sudah tentu tidak sesuai diadakan pilihan raya. Manakala musim haji iaitu Oktober dan November pula, ia sudah menjadi isu justeru agak mustahil untuk kerajaan mengambil risiko kerana ia pasti akan dijadikan modal dalam kempen parti pembangkang.

“Tambahan pula, apabila kerajaan mengumumkan pemberian ‘durian runtuh’ kepada rakyat, ia mungkin akan dapat dinikmati sekitar Disember dan Januari.

“Sudah tentu mereka tidak akan lanjutkan tarikh PRU terlalu lama dari tarikh bajet diumumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, adalah sukar untuk menjangkakan bahawa PRU13 akan diadakan pada tarikh akhir tempohnya iaitu Mac tahun depan kerana ia agak berisiko.

“Rakyat mungkin akan berubah fikiran dalam menentukan siapa pilihan mereka dalam PRU13 jika tercetus perkara yang tidak diduga, contohnya penganjuran demonstrasi seumpama Bersih.

“Bagaimanapun, saya percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mempunyai tarikh yang difikirkan tepat dan sesuai bagi membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya. Cuma belum sampai masanya untuk diumumkan,” katanya.


Comments