Syarifah Aini ambil keputusan daftar mengundi

Buat pertama dalam hidupnya, diva Malaysia Datuk Syarifah Aini membuat keputusan drastik untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi di Pejabat Pos Shah Alam jam 10.15 pagi hari ini.

Beliau  membuat keputusan drastik itu semalam bagi membolehkannya mengundi dalam PRU-13 kali ini. sebagai tanda sokongannya terhadap negara,

Datuk Syarifah Aini yang memiliki keturunan sultan Johor dan Khalifah Ali bin Abu Talib dilahirkan pada 2 Julai 1953 di Johor Bharu, Johor, dan dibesarkan oleh datuk dan neneknya.

Kerjaya seni Sharifah Aini bermula apabila beliau memasuki pertandingan nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968 dengan membawa lagu berjudul "Tiga Malam" dan sekaligus dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTS" 1968.

Beliau merakamkan album pertamanya pada tahun1969 dan sehingga kini telah merekodkan 93 album, 3 berbahasa Inggersi dan selebihnya berbahasa melayu.

Beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah di Indonesia, Brunei, Timur Leste, Filipina, China danJepun.

Prinsip hidup datuk syarifah aini mudah- bersederhana dalam setiap apa yang kamu lakukan, tidak menyakitkan sesiapa,  dan bekerja keras untuk mencapai kejayaan.

Comments