Sebab kenapa statistik rakyat yang belum daftar mengundi melebihi 3 juta


Dalam melakukan tugasan, ada perkara yang YTT tak perlu tulis dalam news. Sebab apa, sebab ia bukan press statement daripada Menteri-menteri, tetapi sebaliknya komen peribadi daripada PR sesuatu company atau statement tak rasmi. Apabila orang tu cakap tak perlu masukkan fakta-fakta ini dalam news, maka lebih baiklah jika YTT tidak memasukkannya. Jadi isu ini hanya sebagai pemberitahuan, tapi ia fakta yang benar.

Menurut seorang pegawai dalam SPR, statistik rakyat Malaysia yang belum daftar mengundi, sememangnya melebihi 3 juta. Maknanya, memang betullah apa yang dikeluarkan suratkhabar. Namun apa yang tidak diberitahu ialah, bagaimana boleh ada jumlah sebanyak ini yang tidak mendaftar? 3 juta bukan jumlah yang sedikit.

Rupa-rupanya, perkiraan yang dibuat adalah berdasarkan tahun dan jumlah penduduk yang mencecah umur 21 tahun. Jika setiap tahun ada lebih kurang 450,000-500,000 orang yang berumur 21 tahun, maknanya jumlah tersebut akan mencecah 3 juta orang dari satu pilihanraya ke pilihanraya yang lain(5 Tahun). Kat situ dah hampir 3 juta kan?Tapi mustahillah semua tak mendaftar.

Menurut perangkaan, yang mendaftar tu ada, tapi tak ramai. Sebab?Sebab kebanyakan pengundi muda ni lebih suka jadi pemerhati berbanding pengundi. Berkemungkinan apabila dekat-dekat nak pilihanraya, mereka akan berpusu-pusu mendaftar, itupun kalau dah nampak bayang-bayang siapa yang layak disokong.

Kalau makcik ni pun boleh mengundi, kenapa tidak kita???
JAdi kita try calculate balik. Jika dalam 3 juta orang tu hanya separuh yang mendaftar, maknanya  sejuta lebih lagi yang belum mendaftar. Itu belum termasuk yang berumur 22 tahun keatas. Kalau nak kira tu, memang la komplikated. Tapi bila tambah tolak, jadilah 3 juta lebih semuanya. Itulah sebenarnya cara pengiraan dalam SPR. Memang betul pun caranya.

YTT tak nak komen pasal pengundi hantu ke apa ke. Yang YTT sebut hanya berkaitan mereka yang belum daftar mengundi. Jangan salahkan SPR 100 peratus sebab diorang pun tengah berusaha nak clearkan senarai nama pengundi yang diragui dalam sistem. Sistem ni sama je macam manusia, ia tak sempurna dan boleh rosak bila-bila masa.

Jadi, siapa yang belum daftar mengundi tu cepat-cepat la daftar ye. Bukan apa, masa depan ni tak boleh predict. Kita mungkin akan jadi seGah negara-negara maju lain, namun boleh juga hancur macam sesetengah negara lain. Paling penting, kekalkan dua-dua side, supaya diorang compete with each other..heheh..Nak undi siapa, terpulang. Undi YTT adalah rahsia.



Comments