Remaja panah budak perempuan

Seorang remaja ditahan selepas polis di Campbellsport, Wis mengenalpasti beliau sebagai suspek yang bertanggungjawab memanah yang secara tidak sengaja terkena belakang seorang budak perempuan berumur 7 tahun.

Identiti remaja berusia 16 tahun itu bagaimanapun tidak didedahkan, manakala rakan bangsa yang berusia 17 tahun di rujuk kepada peguamcara untuk keterangan lanjut.

Mereka sebenarnya sedang memanah tupai, namun secara tidak sengaja panah tersebut tertusuk kepada seorang budak, dan apabila mereka terdengar jeritan budak terbabit, mereka takut dan terus melarikan diri.

Aryanna Schneeberg sedang berjalan di kawasan berhampiran apabila dia tiba-tiba dipanah daripada belakang oleh panah sesat. 

Aryanna bernasib baik kerana anak panah tersebut bukannya anak panah yang betul betul digunakan untuk memburu, sebaliknya hanya anak panah buatan yang mengurangkan kesan kecederaan terhadapnya.

Michele Schneeberg, tnenek kepada gadis malang tersebut memberitahu pihak polis yang dia agak pelik dengan kelakuan kedua-dua budak lelaki tersebut yang memecut lari dari kawasan kejadian dan sempat bertanya kepada mereka, "Apap yang kamu fikirkan?"

"Keadaan Aryanne begitu teruk selepas terkena anak panah". 

Menurut Schneeberg, cucunya itu tidak lagi mampu mengangkat barang berat atau bermain seperti biasa menggunakan trampolin, tapi beliau kini sudah beransur-ansur pulih.

Comments