Puteri Arab Saudi lari dari bayar sewa bilik

Seorang puteri dari Arab Saudi ditangkap ketika cuba meninggalkan Hotel Shangri-La di Paris tanpa menjelaskan bil sebanyak enam juta euro ($7.4 million) untuk biliknya, menurut kata polis Sabtu lepas yang mengesahkan satu laporan dalam akhbar harianLe Parisien

Maha al-Sudani, bekas isteri kepada Putera Mahkota Arab Saudi Nayef ben Abdel Aziz, cuba untuk meninggalkan hotel tersebut pada jam 3:30 am Khamis tanpa membayar bil biliknya serta 60 ahli rombongan bersamanya, memaksa pekerja hotel terbabit membuat panggilan kepada pihak polis, lapor Le Parisien.

Duta Arab Saudi kemudiannya dihubungi berikutan kes terbabit, tambah Le Parisien yang menyedari bahawa Sudani memiliki imuniti diplomatik.

Ketika dihubungi oleh AFP, pengarah hotel mewah tersebut, Alain Borgers berkata beliau  tidak menghadapi sebarang masalah dengan "pelanggannya" dan tiada "bil tertangguh" ketika itu.

Puteri itu sebelum ini pernah  mempunyai hutang lama yang tidak dibayar. Pada tahun 2009, fashion chain Key Largo mambuat dakwaan keatas puteri tersebut kerana hutang bernilai 89,000 euros.


Comments