Porshe disaman kerana xde lesen P

Remaja pandu Porsche disaman
Remaja berusia 19 tahun memandu Porsche Carrera 911 ini, antara yang disaman kerana tidak mempamerka
Remaja berusia 19 tahun memandu Porsche Carrera 911 ini, antara yang disaman kerana tidak mempamerkan pelekat ‘P’.
 
BANDARAYA MELAKA - Seorang remaja memandu kereta jenis Porsche Carrera 911 antara 56 disaman kerana tidak mempamerkan pelekat ‘P’ dalam operasi oleh penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, malam kelmarin.

Remaja berusia 19 tahun yang memandu kenderaan bernilai lebih setengah juta ringgit itu disaman dalam Ops Pengarah selama tiga jam, bermula jam 9 malam di Jalan Tun Abdul Razak berhadapan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM), di sini.

“Sebanyak 125 kesalahan dikesan namun hanya 56 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk 11 tiada cukai jalan atau cukai jalan tamat tempoh dan 37 pengguna tiada lesen memandu,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 67 kes kesalahan teknikal ialah cermin gelap (42), lampu HID (empat) dan nombor pendaftaran 19 kesalahan iaitu kereta (14) dan motosikal (lima) serta dua lagi lain-lain kesalahan.-sinarharian-

Comments