5 polis ditahan untuk siasatan
KLANG:
Berlaku kejutan dalam siasatan membabitkan seorang anggota trafik Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Klang Selatan yang koma sejak awal pagi Ahad lalu sebelum
disahkan meninggal dunia semalam, apabila lima anggota polis ditahan kira-kira
jam 4 pagi semalam.
Lima anggota polis berusia 45
hingga 51 tahun itu ditahan selepas siasatan terkini mendapati kecederaan parah Koperal
Mustaghni Tabri, 48, sehingga membawa kematiannya berpunca daripada lontaran
objek seorang daripada anggota polis terbabit dan bukan akibat libasan topi
keledar Mat Rempit, sebagaimana dinyatakan sebelum
ini.
Mustaghni terbabit dalam kejadian itu ketika bertugas
dalam operasi mencegah lumba haram di Lorong Bunga Raya berhampiran Kampung Raja
Uda, di sini, jam 1.45 pagi, Ahad lalu sebelum disahkan meninggal dunia jam
11.45 pagi, semalam.
Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari koma
dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)
Klang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata punca
sebenar kematian mangsa masih disiasat, namun kecederaan disahkan bukan kerana
dipukul dengan topi keledar, tetapi akibat terkena lontaran objek keras. -hm
Comments
Post a Comment