Seorang pelajar berusia 21 tahun dari kenya ditahan tanpa dibenarkan ikat jamin di Maryland, sebuah negeri dalam US selepas dituduh membunuh dan memakan bahagian badan rakan serumahnya, lapor CNN televisyen.
Sheriff County Harford Jesse Bane memberitahu wartawan, lelaki warga kenya terbabit sudah mengaku membunuh rakan sebiliknya yang berasal dari Ghana, memotong anggota badan mangsa, dan kemudiannya memakan hati dan sebahagian jantungnya.
Mengikut rekod kes Mahkamah daerah Harford County, pembunuhan tersebut berlaku pada 25 May. Enam hari sebelumnya, Kinyuan terlibat dalam satu pergaduhan di Kampus Baltimore dalam Universiti Morgan State, yang membawa kepada pertuduhan serangan kelas pertama terhadap Kinyuan kerana menimbulkan bahaya melulu, kata CNN.
Kes ini dikesan setelah satu laporan dibuat oleh Antony Kinyua -- bapa kepada Alexander Kinyua -- yang menghubungi detektif Harford County memberitahunya yang beliau telah menemui dua tin besi mengandungi anggota badan manusia ditutup dengan selimut di bilik membasuh baju bawah rumah.
Tin-tin tersebut mengandungi kepala dan dua tangan Kujoe Bonsafo Agyei-Kodie, salah seorang rakan serumah Kinyua, yang tinggal di Joppatowne, Maryland, dan dilaporkan hilang.
Anggota badan mangsa selebihnya ditemui di tempat pembuangan sampah.
Satu laporan kehilangan dilaporkan pada 26 May menggambarkan Agyei-Kodie, 37,sebagai seorang yang sangat pintar. Si mati memperolehi pelbagai master's degree dari sekolah di Ghana dan seorang graduan di Universiti Morgan State sehingga tahun 2008, menurut laporan CNN.
Comments
Post a Comment