Meletup!

Ayat berulang boleh membuatkan orang berasa tertekan. Pernyataan ayat berulang ini tidak melibatkan prosa kata dalam bahasa melayu, sebaliknya bermaksud, ayat yang sama, diulang berkali-kali sehingga menimbulkan persoalan pada yang mendengar, sama ada orang yang terbabit sudah lupa atau sengaja mahu menyakitkan hati. 

Menegur itu bagus, namun jika ditegur berkali-kali tentang isu yang sama selang beberapa minit, ia tentunya menimbulkan rasa  marah si pendengar, kecuali jik asi pendengar sememangnya mempunyai masalah pendengaran. Mungkin juga si pengungkap sememangnya mempunyai hobi menyakitkan hati orang tanpa sedar, atau itu sudah tabiatnya. Kerana itu jugalah, ada ayat yang mengatakan dalam senyuman tu ada duri(Ayat YTT sebenarnya), manis tapi pedih menusuk jiwa. 

Buat yang suka mengulang cerita atau mengulang ayat, belajar jadi manusia yang precise, tepat dan padat. Cukup jika diberitahu sekali asalkan ia berkesan di hati. Jangan pula kerana itu orang sakit hati. Memenuhi permintaan orang sekeliling sememangnya sukar. Tak kiralah jika anda seorang PM atau manusia biasa.

Comments