Skip to main content

Mayat lelaki terapung di lombong berdekatan PPR Taman Wahyu


KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki ditemui terapung oleh orang awam di sebuah lombong berdekatan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Jinjang di sini 8.00 pagi ini.
  
Jurucakap polis ketika ditemui di tempat kejadian berkata: "Mayat yang dikenali sebagai Amir Muslim, 44, ditemui lengkap berpakaian dengan (dokumen) identiti masih berada pada mayat dan terdapat kesan luka pada bahagian dahi.
  
"Berdasarkan keadaan mayat yang sudah kembung, lelaki itu dipercayai telah mati lebih kurang dua hari lepas," katanya.
  
Alamat terakhir lelaki itu, seorang bekas tentera, ialah Kampung Nakhoda, Batu Caves.
  
Menurut jurucakap itu, berdasarkan maklumat seorang rakan si mati, lelaki itu yang tidak bekerja, kerap ke lokasi berkenaan untuk memancing ikan.

Jurucakap itu berkata lelaki tersebut dipercayai terjatuh ke tempat air dalam dan lemas.
  
Katanya, tiada kecederaan mencurigakan pada mayat.
  
Polis mengklasifikasi kejadian terbabit sebagai mati mengejut.
  
Katanya, mayat dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

-sinar harian-

ps:berhati-hati ketika memancing, kerana ramai yang dah mati lemas sekarang ni....dan ingat. mati tu pasti, jadi sentiasalah bersedia ye..

Comments