MAut akibat lupa tarik brek tangan


Pengurus syarikat maut dirempuh kereta sendiri

IPOH – Seorang pengurus syarikat pembinaan maut selepas kereta pacuan empat roda yang diparkirnya bergerak sendiri lalu merempuhnya di kawasan pembinaan di Falim di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 12.00 tengah malam itu, Chang Wing Khoon, 58, meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami cedera parah akibat dirempuh oleh kenderaan jenis Toyota Hilux milik syarikatnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Ahmad Termizi Abd Haq berkata, berdasarkan laporan bedah siasat, kematian mangsa disebabkan oleh patah tulang belakang dan pendarahan dalaman.

“Ketika kejadian mangsa tidak menyedari kenderaan itu bergerak sendiri ke arahnya lalu merempuh mangsa sehingga terperosok ke dalam longkang di kawasan pembinaan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya. – BERNAMA

Comments